Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
1 JUN
Saya tiba di Penanti sekitar jam 5 petang pada petang Sabtu 30 Mei. Benar-benar suasana pilihanraya kali ini tidak meriah kerana tidak ada bendera BN. Bertemu sebentar dengan teman-teman dari Unit Kerohanian di Kg. Kuala Mengkuang untuk lapor diri dengan Hj Yahya. Setelah minum teh dan roti kering saya dan Pak Long berangkatlah ke surau Kg Temusu sekitar 15 minit dari situ. Info dari teman-teman di simpang surau ini pernah menghalau kawan-kawan sebelum ini kerana ini adalah markaz 100% UMNO. Kami sempat bersembang dengan Pak Cik berusia 80 tahun sebelum maghrib tentang hal kampung dan harga tanah. Tak sentuh hal politik tetapi dari beliau kami dapat info baik iaitu orang kampung ramai ke Pahang kerana ada kenduri kahwin. Soal benar atau tidak ke Pahang tak pasti tetapi memang orang kampung ramai yang keluar. Siapa yang bawa keluar tak jelas tetapi dari info-info lain beberapa pecacai UMNO yang aturkan. Lokman Adam secara terbuka meminta orang UMNO jangan keluar undi ada kesan juga akhirnya. Jadi benarlah UMNO boikot undi kali ini. Apa yang saya ingin komen ialah:
1. UMNO sudah semakin terdesak sehingga tidak sanggup melihat berulangnya kekalahan lagi kali ini. Mereka sanggup keluar belanja yang besar untuk membawa orang kampung keluar dari Penanti. Duit ini dari rakyat atau dari pemimpin UMNO? Saya rasa ini suatu pembaziran yang besar dan apakah ini makna konsep rakyat didahulukan? Dahulu bawa rakyat mati dan rosak mungkin.
2. Pemimpin UMNO mula berkokok kononnya kemenangan PR tidak mutlak?. Jadi yang mutlak yang mana satu? Mungkin seperti di Perak yang sehingga sekarang rakyat masih menolak keputusan mahkamah dianggap mutlak. Inilah politik hipokrit dan amat tidak relevan dengan suasana slogan I Malaysia yang digembar gemburkan siang malam oleh mereka.
3. Riak-riak rakyat di PRU 13 sudah mula semakin jelas kelihatan. Rakyat semakin berani untuk menolak UMNO BN dan berani juga menerima apa juga akibatnya. UMNO BN sudah hilang kendali dan jika mahu dapat track semula mereka perlu invest jiwa raga mereka sehingga rakyat dapat lihat bukti kukuh. Jika masih bersendewara lagi maka nantikan PRU13 rakyat akan menolak UMNO BN dengan pukulan KO yang sukar untuk bangun dalam beberapa dekad akan datang.
Mari kita renungkan kenyataan dari beberapa pimpinan UMNO ..
Kemenangan PKR bukan mutlak - Najib
JEJU Korea Selatan 1 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan.
Perdana Menteri berkata, ia satu kemenangan yang tidak memberangsangkan kerana bilangan pengundi di bawah 50 peratus dan bilangan undi PKR juga merosot kira-kira 1,300 undi.
"Kemenangan ke atas calon bebas bukan kayu ukur populariti. Ia bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan," katanya pada sidang akhbar selepas berakhir Sidang Kemuncak CEO ASEAN-Korea Selatan di sini hari ini. - Utusan
Penanti: Hanya 7,100 mengundi
BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Hanya 46 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini iaitu peratusan pengundian paling rendah dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, peratusan tersebut juga jauh lebih rendah berbanding jumlah pengundian di DUN yang sama pada Pilihan Raya Umum lalu iaitu 82.08 peratus.
Katanya, rekod terendah sebelum ini dicatatkan pada Pilihan Raya Sarawak Ke-9 pada tahun 2006 iaitu bagi kerusi N67 DUN Telang Usan yang merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 52.6 peratus.
''Ini rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini dan kita akan kaji faktor kenapa jumlah keluar mengundi amat rendah walaupun kita sudah membuat pelbagai kempen bagi menggalakkan orang ramai keluar mengundi.
''Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan senario ini disebabkan oleh tiadanya penglibatan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut diperoleh selepas semua sembilan pusat mengundi yang dibuka sejak pukul 8 pagi, ditutup pada pukul 5 petang ini.
Peti undi pertama tiba di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini pada pukul 6.20 petang manakala peti undi terakhir tiba pada kira-kira pukul 7 malam.
Ditanya mengenai perjalanan pilihan raya kecil itu, beliau berkata, SPR berpuas hati kerana proses pemilihan berjalan dengan lancar dan aman.
''Suasana positif ini banyak didorong langkah SPR menggantikan Barung parti kepada Barung SPR yang diletakkan di luar pusat pengundian bagi memudahkan pengundi membuat semakan.
''Selain itu, penguatkuasaan larangan berkempen pada hari pengundian juga memainkan peranan apabila tiada perayu undi mengganggu pengundi ke pusat-pusat pengundian," tambahnya.
Pilihan raya kecil itu dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Osman yang menewaskan tiga calon bebas iaitu bekas Ketua Wanita PKR, Aminah Abdullah; pengurus kilang berketurunan Siam, Nai Khan Ari dan pengurus kem motivasi, Kamarul Ramizu Idris.
Pilihan raya kecil yang diadakan berikutan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan pada 16 April lalu dengan alasan ingin melanjutkan pelajaran.
HR9808: Apa kata PR>>>Calon KeADILan menang besar di Penanti |
Harakahdaily Sun | May 31, 09 | 7:30:17 pm MYT | |
PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini. Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi. Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara. Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas. Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya. BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. - mns_ |
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!