foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, August 22, 2009

KJ dan Khir toyo..hujah makan diri...

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


24 OGOS

Hujah Khairi di Permatang Pasir membuktikan UMNO tidak ikut adab di bulan Ramdhan yang diseru oleh pimpinannya. Jadi seru orang sahaja agar jagan mengata orang tapi diri sendiri tak apa pula?..Jika hujah benar tak masalah tapi hujahnya boleh dipertikaikan. Saya sarankan agar Tan Sri Khalid saman sahaja si mulut celupar ni bersama dengan Khir Toyo. Nak tunjuk depan siapa mereka tu bersih? Alahai tak rasa maluke? Rakyat boleh cabar dan minta keduanya jika berani jawab jawablah! Depa berhutang berapa banyak? Jadi kaya raya dari duit siapa? Duit hasil babi atau bapak mertua? Atau duit rasuah projek? Semasa Khir Toyo dulu dia dapat duit dari mana sampai boleh bina istana 24jt? Oh ya..UMNO tak pe makan duit rakyat sebab dia Melayuke? Atau duit rakyat Melayu pun dia kebas juga? Tolong lebih realistiklah bro..!!

Jangan salah guna kuasa Menteri Besar - Khairy

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta tidak melakukan penyelewengan atau salah guna kuasa bagi membolehkannya membayar hutang bernilai RM66.67 juta dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, langkah tersebut tidak seharusnya dibuat memandangkan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang telah mendakwa ia mengamalkan sistem pentadbiran yang telus.

''Ini bukan satu jumlah hutang yang kecil. Saya berharap jangan sampai ada penyelewengan atau salah guna kuasa selaku Menteri Besar kerana hendak menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur semalam yang memerintahkan Abdul Khalid supaya melunaskan pinjaman berjumlah AS$18.52 juta (RM66.67 juta) kepada BIMB yang digunakan untuk membeli saham Guthrie Berhad lapan tahun lalu.

Khairy ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 26 April 2007, pernah mendedahkan Abdul Khalid yang menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu telah membeli 20 peratus kepentingan dalam syarikat perladangan tersebut.

Sekiranya rayuan Menteri Besar Selangor itu gagal, kata Khairy, pihaknya mahu beliau mendedahkan langkah-langkah yang akan dibuat bagi membayar hutang tersebut.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula berkata, isu hutang Abdul Khalid itu pernah dibangkitkannya pada sesi sidang DUN Selangor.

''Selama ini beliau cuba menyorokkan masalah hutang beliau. Saya pernah bertanya dalam DUN tetapi beliau mengelak untuk memberikan penjelasan.

''Beliau juga telah berbohong kepada rakyat Selangor apabila tidak mendedahkan jumlah hutang dengan BIMB dalam pengisytiharan harta yang telah beliau muatkan dalam Internet. Saya percaya mungkin ada banyak lagi hutang tersorok yang tidak diketahui umum.

''Saya berharap beliau dapat berlaku jujur dengan memberitahu umum semua masalah kewangannya, supaya rakyat tahu bagaimana beliau akan menyelesaikan semua hutang dan daripada mana punca datangnya wang itu," katanya.

Mohamad Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor berharap, rakyat negeri itu dapat berfikir dengan lebih jelas apa yang akan berlaku pada negeri terkaya di Malaysia kerana ia kini ditadbir seorang Menteri Besar yang kononnya hebat tetapi menghadapi kemungkinan muflis.

''Beliau selalu bersikap bangga diri dengan menyatakan dia adalah tokoh korporat hebat yang telah merancang ekonomi Selangor dengan teori ekonomi andaian.

''Andaian pendapatan pasir RM170 juta, tetapi realitinya hanya dapat RM4 juta. Pembuangan kakitangan anak syarikat kerajaan negeri juga telah berlaku dan ada cadangan penutupan Perbadanan Pertanian Selangor.

''Semua ini adalah antara petanda kewangan Selangor dalam keadaan tenat dan saya tidak terkejut jika negeri ini juga akan menagih simpati Kerajaan Pusat untuk menampung perbelanjaan mengurus seperti Kelantan," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan paling bermaruah yang boleh dilakukan Abdul Khalid ialah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

''Ini bagi membolehkan beliau memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

''Beliau telah membuat kenyataan boleh membayar hutang berkenaan. Kita hendak beliau bersikap telus untuk menerangkan kepada rakyat daripada mana dia dapat mengumpulkan wang sebanyak itu,'' katanya.

Mengulas isu sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, isu terbaru itu membuktikan kewibawaan Menteri Besar berkenaan kini menjadi tanda tanya semua pihak.

''Beliau sebenarnya telah gagal dalam mentadbir negeri Selangor berikutan timbulnya banyak isu ketika pemerintahannya dan ini termasuk cadangan menggunakan wang zakat untuk membiayai pentadbiran,'' katanya.


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!