foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, August 8, 2009

RAKYAT WAJIB MENGHUKUM UMNO DALAM PRU 13.....!!


HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

8 OGOS..


Seruan Pak Samad bukan hanya seruan biasa tapi ianya pasti muncul dari lubuk hati yang dalam. Seorang Sasterawan Negara yang amat dalam cintanya kepada bahasa ibunda tidak segan silu lagi dengan mengucapkannya dikhalayak bahawa dia menolak UMNO. Beliau bukan berdendam dengan sesiapa dalam UMNO atau ada projek yang ditolak oleh pemimpin UMNO dan jika kita cuba untuk mencari alasannya yang paling wajar hanya satu iaitu beliau sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin UMNO yang tidak mampu menjaga amanah bangsanya sendiri.

Mungkin inilah bahan yang patut kita fikir-fikirkan yang rasanya ada kaitan juga dengan "Wasiat raja Malayu" yang menjadi tajuk utama akhbar semalam. Apa agaknya perasaan tokoh-tokoh yang lain?:

1. Tanpa kita sedari setelah Zaid Ibrahim dengan nada penuh insaf menceritakan peristiwa beliau berjalan bersama demonstran dan terkena gas pemedih mata hingga terungkap perkataan betapa zalimnya penguasa terhadap rakyat kecil bukan mudah sebenarnya. Perasaan ini dikongsikan bersama dan diungkap lagi di astro Tv adalah bukti bahawa beliau amat menginsafi betapa rakyat kecil terkial-kial mencari dahan berpaut dalam menyatakan kebenaran. Berbeza dengan seorang KJ dan Ezam.

2. Inilah mungkin pilihan seseorang sehingga hati kecil yang berdenyut dapat merasakan denyut nadi rakyat terbanyak. Tapi jika denyut itu melemah dengan janji manis dari dunia ini maka tiadalah contoh lagi sekalipun sebelum ini Ezam pernah merasakan denyut ini. Atau mungkin juga denyut nadi rakyat ini tidak penting lagi kerana karier politik melebihi dari segalanya. Ya Allah selamatkanlah kami dan hidupkanlah denyut nadi ini sehingga kami mati.!!!

3. Pak Samad atau Zaid Ibrahim atau siapa sahaja yang berani pasti akan terus menyatakan prinsip mereka sehingga datangnya PRU 13. Jika kita dapat menarik 10 orang tokoh nasional begini sebenarnya hukuman terhadap UMNO semakin hari semakin jelas. Tuduhan mereka terhadap DS Anwar dan bermacam lagi sebenarnya hanyalah percubaan-percubaan yang bagi mereka sendiri sudah tidak yakin lagi akan hasilnya. Seperti pemburu yang sudah keletihan tapi peluru yang tersisa ditembak sahaja ke mana arah dengan harapan terkenalah hendaknya!!!

4. Mereka nampak gah hanya kerana masih ada sedikit lagi waktu dan sisa-sisa kekuasaan dan azimat. Mereka berlutut kepada sultan supaya selamatkan mereka sehingga teresak-esak. Lalu sultan juga kesian dan mencarilah apa agaknya dan bertemulah surat wasiat yang sudah usang. Alangkah gembiranya mereka tetapi setelah dibentangkan wasiat tersebut, ternyata mereka dan pemimpin mereka yang sebelumnya telah melakukan kesalahan besar iaitu mereka lalai. Mereka adalah perosak dan pengkhianat kepada wasiat raja-raja Melayu.

5. Maka wasiat menjadi badi yang akan menenggelamkan mereka. Rakyat sudah lama tahu tentang wasiat ini sebab itu rakyat minta mereka berundur dan serahkan wasiat kepada pihak yang tahu mengahargai wasiat raja-raja Melayu. Tapi mereka tidak boleh terima kononnya merekalah sahaja yang mampu dan berhak. Ya..inilah realiti dan ianya pasti akan berpindah juga akhirnya hanya menunggu saat ketibaan PRU 13.

8. Mereka juga berkunjung bertemu para bomoh psikologi untuk mendapat azimat baru, ..maka pak bomohpun akhirnya bertemulah dengan kalimat 1 Malaysia yang pak bomoh dor ulang (perkataan lama diulang kembali) bagi membius otak rakyat. Rakyat sudah tak mahu dan tak termakan bius lagi sekalipun ditiup setiap hari melalui media mereka. Rakyat ramai yang menutup tv atau menutup radio bila mendengar suara slogan itu apatah lagi jika Rosmah yang menyampaikannya. Ya inilah realiti yang masih cuba dinafikan oleh pemimpin UMNO..!!


HR9808: Mari kita lihat kenyataan mereka yang penuh pujuk rayu...

Umat Islam diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor selesaikan isu arak

08/08/2009 5:06pm

SUNGAI PETANI 8 Ogos — Umat Islam hari ini diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat juga akan menilai perjuangan Pas yang kini adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

Kita lihat apa yang mereka (Pas) akan lakukan kerana ini (penjualan arak) adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani di sini hari ini.

Beliau berkata, disebabkan Pas kini telah bera dalam dalam pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri, rakyat akan melihat pendirian Pas dalam isu itu.

Semalam, kerajaan negeri Selangor membuat keputusan tidak akan melarang penjualan minuman keras dan cuma meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur. - Bernama

Muhyiddin mahu pelajar Malaysia di sebarang laut hayati konsep 1Malaysia
08/08/2009 11:12am

PERTH 8 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah penting bagi semua rakyat Malaysia termasuk pelajar Malaysia di seberang laut untuk memahamai konsep dan prinsip 1Malaysia.

Ianya tidak sukar untuk difahami. Tapi ia merupakan pendekatan yang Perdana Menteri berpendapat adalah penting bagi mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita ada satu,” katanya pada majlis makan malam dan dialog dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar di sini malam tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berada di Perth sejak Rabu untuk lawatan rasmi lima hari.

1Malaysia bukanlah Malaysian Malaysia yang didokong DAP, katanya.

Konsep 1Malaysia menekankan isu perpaduan nasional dan pembangunan yang berterusan berdasarkan kerjasama antara semua kaum dan sumbangan (mereka) kepada negara bagi mencapai aspirasi nasional,” katanya.

Menjawab soalan lain, Muhyiddin berkata kerajaan tidak akan menapis Internet. - Bernama

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!