foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, August 7, 2009

UMNO BERCITA-CITA JADI HERO DI SELANGOR?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

9 OGOS

Setelah gagal menghasut rakyat dan penyokong PR untuk turut sama demo hal arak, akhirnya mereka sendiri yang demo. Apa sudah jadi? Mari kita kaji:

1. Rakyat tak mahu join demo dengan UMNo sebab UMNO tak ikhlas. Larang arak di Selangor kenapa tak buat 50 tahun lalu? Semasa era Mat Taib, era Abu Hasan, era Khir Toyo UMNO sorok arak di mana? Saya tidak mahu emosi hal ini dan ingin mengajak penyokong UMNO agar kembali ke pangkal jalan. Amal yang tidak ikhlas adalah sia-sia di dunia apatah lagi di akhirat. Jika benar ikhlas tolak arak, suruhlah negeri yang UMNO perintah sekarang? Kenapa tak berani buat?

2. Sikap hipokrit pimpinan UMNO menjadi boomerang yang memancung kepala UMNO sendiri. Rakyat Selangor umumnya faham akan tindakan PR dan tidak timbul masalah. Berbeza pandangan adalah biasa dan tidak perlu diperbesarkan sama seperti isu babi di Kedah. Ribut dalam cawan aje.. Alahai kesian deh...."siapa yang halalkan arak sebelum ini"..!! Meludah ke langit akhirnya ke muka sendiri yang kena.

3. Jika benar UMNO serius soal arak dan segala bentuk yang haram, pastikan dulu pemimpin UMNO, Raja Melayu dan acara VVIP Melayu tidak dihidangkan lagi dengan arak? Kami akan sokong jika UMNO mampu buat. Ini suruh orang lain pula buat dulu tapi sendiri tak mahu buat. Di TV 1 sejak pagi sudah bantai pembangkang dengan hujah-hujah yang saya kira tidak relevan langsung. Suruh orang Melayu bergaduh dengan bangsa lain? Ini apa punya kerajaan? Saya tak faham di satu segi satu Malaysia di satu aspek yang lain suruh bergaduh pula. Nampak sangat cara politik katun.

4. Di kain rentang juga UMNO menghina Islam..cuba baca "takbir"...disamakan "take beer".? Saya rasa JAIS patut ambil tindakan segera hal ini dan segera bertindak memanggil mereka dan membetulkan fahaman sesat ini!! Tindakan dungu dan tidak berilmu begini wajib dicegah.!!!

Ahli UMNO berhimpun sokong tindakan MBSA


SEBAHAGIAN anggota Pemuda UMNO yang antara lain membawa sepanduk ‘Pakatan Rakyat halalkan arak’ berhimpun di hadapan pejabat MBSA di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 7 Ogos - Hampir 200 ahli UMNO (hR9808: 20 ORANG KOT?) berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Mereka menyifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berlandaskan undang-undang termasuklah menghalang penjualan minuman keras ke atas umat Islam yang merupakan majoriti penduduk di kawasan itu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari, pihaknya menyifatkan MBSA telah menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan larangan penjualan minuman keras berlandaskan undang-undang yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis MBSA 4/2009.

"Kami menyokong penuh tindakan MBSA ini. MBSA telah lakukan perkara yang betul merampas minuman keras berkenaan.

"Malah kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab," katanya selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.

Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam perhimpunan yang berakhir pada pukul 4 petang itu, kesemua penyokong termasuk penduduk kawasan Seksyen 8, turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.

Bagaimanapun, tiada seorang pun pemimpin atau penyokong daripada Pas menyertai perhimpunan tersebut walaupun parti itu lantang bersuara menentang tindakan Ronnie sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!