foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, August 11, 2009

SANGGUPKAH PEMIMPIN UMNO DIHAKIMI RAKYAT?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

11 OGOS

Soal khianat kembali mencuat secara tiba-tiba. Entah dari mana idea begini datang semula. Apakah dari komiti 1Malaysia atau dari team lama yang Mahathir jadi kepalanya atau dari para macai yang sedang mencari nama dalam UMNO? Atau mungkin juga dari kesemuanya setelah nampak harapan untuk menang dalam PRU 13 terlalu tipis maka isu inilah menjadi senjata utama mereka.
DSAI telah menjawab dengan jelas..

Kenyataan Media: Menjawab Fitnah Isu Pengkhianatan

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
Petaling Jaya, 11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak disiarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri pada mesyuarat 8 September 2008, menegaskan komitmen kami menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO-lah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai gunung dan bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat

——————————————————————————————————–

PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE

August 11, 2009

UMNO leadership is vigorously spreading propaganda that manipulates symbols of race, religion and royalty with the intention of perpetuating narrow-minded views on communal relations.

This is not the first time that I have become been branded a Malay traitor. There have been many similar attempts in the past and this latest effort is a clear indication of UMNO’s increasing level of desperation.

I have no intention of being drawn into a personal dispute with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiuddin Yassin. I only intend to respond to this issue based on facts and principles. It is important for me to stress that my views and Pakatan Rakyat’s position is very clear despite not being covered in the UMNO controlled mainstream media.

The statement by the Pakatan Rakyat leadership signed by Tuan Guru Haji Hadi Awang, YB Lim Kit Siang and myself on 8th September 2008 clearly states Pakatan Rakyat’s commitment to upholding the principles enshrined in the Federal Constitution. These include the status of Islam as the Federal Religion, Bahasa Melayu as the National Language, while allowing for the use of other languages, the sovereignty of the institution of the Malay Rulers, the special rights for Malays and Bumiputeras and the rights of all other races as guaranteed by the Constitution.

We strongly believe we have clear and principled arguments to refute the politics of race and hatred of UMNO leaders who abuse symbols of race, religion and royalty simply to retain power and to conceal their own crimes, corruption and abuses of power.

Betrayal of people’s trust by UMNO leadership continues with the squandering of billions of Ringgit of public funds to pay huge commissions related to military procurements, and appropriation of shares, contracts and licenses that have been allocated for Bumiputeras but have instead been diverted to the families and cronies of the UMNO leadership.

We must not forget that it was UMNO leadership that affronted the institution of the Malay Rulers in 1983 and 1993. And they were also the ones who scorned Islam by issuing additional gambling licenses and selling the nation’s mountains, hills and islands to the same gambling tycoons. The UMNO administration is willing to pawn off the interests of the farmers and Malay small traders by selling Bernas shares to foreign companies.

ANWAR IBRAHIM

LEADER OF OPPOSITION

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

hr9808: Bentangkan secara terperinci dan buktikan jangan hanya semangat di depan penyokong sahaja.!! Cara begini dah terlalu lama diulang-ulang. Ezam juga masih belum buka kota yang dia bawa !! Mahathir pun tak mampu nak buktikan inikan pula TPM?

Pengkhianat Melayu perlu ditentang – Muhyiddin


Sebahagian daripada 500 wakil badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, semalam menyatakan sokongan terhadap kenyataan Muhyiddin Yassin melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu. – UTUSAN/Izham Jaafar


KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan beliau tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.

Beliau menyifatkan bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyanggah keras sikap pihak berkenaan yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain.

“Seolah-olah kita berkompromi terlalu banyak (untuk kaum lain), ingatan tegas daripada saya bahawa, itu adalah tidak betul dan selagi UMNO dan BN mentadbir negara, ia tidak akan berlaku.

“Sekarang ini ada Melayu tidak mahu menolong Melayu tetapi mengkhianati Melayu,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai kedudukan orang Melayu terbit daripada keikhlasan dalam dirinya dan bukan kenyataan bagi meraih simpati politik.

“Saya sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya sudah tidak ada apa lagi, tetapi saudara-saudara semua ini yang saya risau,” katanya.

Muhyiddin bakal berhadapan dengan tindakan saman berjumlah RM100 juta daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelnya sebagai pengkhianat Melayu.

Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Nor yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.

Sokongan terhadap kenyataan Muhyiddin itu juga kini bergema di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri menambah, selepas pilihan raya umum tahun lalu, muncul juga orang Melayu yang sudah berjaya tetapi bersungguh-sungguh menuduh kerajaan yang ada kini sudah lupa tujuan kewujudannya.

Dalam konteks itu, beliau mempersoalkan apakah dalam tempoh 52 tahun kemerdekaan negara, UMNO tidak pernah menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

Jika UMNO tidak berjasa kata beliau, bagaimana boleh wujud masyarakat Melayu yang berjaya dan hidup senang pada hari ini.

Beliau berkata, UMNO memberikan perhatian kepada orang Melayu di semua peringkat termasuk golongan usahawan dan sentiasa berusaha memastikan kelompok itu terselamat apabila ekonomi mula merudum.

Muhyiddin juga mahu rakyat berfikir apakah UMNO dan BN akan mencabuli Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya diwujudkan atas dasar persefahaman dan muafakat bersama.

“Takkan kita hendak mencabuli DEB, mencabuli kontrak sosial kita selama ini,” katanya.

Beliau berkata, pemikiran memburukkan kerajaan wujud daripada benih-benih kebencian yang ditanamkan pembangkang.

“Kalau ada pihak-pihak seperti ini, yang hendak meraih peluang menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum akan datang, dia hanya mahu memenuhi nafsu politik sendiri yang rakus,” katanya.

HR9808: Golongan kecewa seperti Ezam dan sebahagian Reformis nak mencari muka dengan Najib silakanlah tidak ada siapa yang hairan!! Dulu nak telanjang akhirnya siapa yang telanjang? UMNO BN memang suka memilih golongan merapu dan digunakan sementara boleh guna. Selepas dah ganyut, tidak bermaya terlantar ajalah. Ust Nakhai dan Ust Ruslan di mana sekarang? Malulah kepada Allah jika tak malu kepada manusia di bumi..!!

Bekas ahli PKR sanggup jadi saksi - Reformis

PUTRAJAYA 10 Ogos - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dianggotai ramai bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi bagi membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, ahli-ahlinya yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sekitar lewat 1990-an dulu mengenali watak sebenar Anwar dan motif perjuangannya yang lebih terarah kepada kepentingan politik peribadi.

"Walaupun kami yang paling dekat, paling awal kenali dia (Anwar) dulu, tapi sekarang kami tidak lagi setuju dan tidak mahu berkompromi langsung dengan perjuangannya

"Kami sanggup jadi saksi perkara-perkara berkaitan Anwar yang sememangnya merupakan pemimpin hipokrit, hanya mengejar kepentingan politik peribadi.

"Malah kami berpendapat Anwar juga pengkhianat kepada negara kerana menimbulkan ketidaktentuan politik dan ekonomi, rakyat patut difahamkan perkara sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mengalu-alukan tindakan beberapa pihak termasuk bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Nor yang bersedia menjadi saksi dalam membuktikan Anwar sebagai pengkhianat Melayu.

HR9808: Hujah ini pernah digunakan sebelum pilihanraya di Permatang Pauh tahun 2008. Jadi bukankah ianya sudah basi dan rakyat sudah tolak hujah merapu ni!!

Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja yang mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu sepatutnya bersedia menjadi saksi di mahkamah jika Anwar meneruskan samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

HR9808: Mahathir masih bersemangat lagi dalam hal ni? Sampai mati nak merapu juga lagi!!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!