foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, August 13, 2009

UMNO MENYERANG DENGAN PELURU PENABUR?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

13 OGOS

Strategi UMNO kali ini ialah menyerang secara rambang atau menggunakan peluru penabur. Pemimpinnya berharap akan ada yang kena sasaran sekalipun tidak mematikan tetapi boleh melumpuhkannya. Sasaran utama kepada DSAI, Tuan Guru Nik Aziz dan pimpinan DAP si semua peringkat. Jadi sasaran yang lain hanya harapan sahaja agar ada yang kena. Mereka juga menumpukan sasaran serangan ke negeri PR, selepas Perak, Selangor, P.Pinang dan Kedah. Yang menjadi kuda utama mereka ialah SPRM dan Polis. Senario ini rasanya kita sudah faham tetapi kenapa semakin hari mereka semakin rajin menyerang? Mereka mendapat indikasi bahawa ada sebahagian YB dari PR sendiri telah termakan umpan mereka dan terkena sasaran tadi. Ayuh mari kita bincangkan secara terbuka dan tidak beremosi:

1. Saya telah beberapa kali membawa poin ini iaitu selagi namanya musuh dalam perang politik maka janganlah kita berharap UMNO akan menukar arah apatah lagi setelah mereka amat kecewa sekali kerana niat mereka untuk berpura-pura baik denagn PR dihidu segera oleh pimpinan PR lalu menolak idea tersebut. Namun di barisan bawah PR masih ada yang masih belum jelas akan kelibat ini dan mereka termakan racun berbisa dari UMNO.

2. Hipokrit dalam memperjuangkan nasib rakyat bukan tidak difahami tetapi oleh kerana berulang-ulang maka ada juga rakyat yang termakan madu berbisa ini. Umumnya rakyat Malaysia cepat termakan pujukan berbeza dengan rakyat Indonesia yang saya kira lebih teguh dalam membuat keputusan terutama untuk masa depan negara mereka. Saya perlu puji rakyat Indonesia kerana mereka jauh lebih matang berbanding dengan rakyat Malaysia atas banyak faktur. Paling ketara media mereka yang bebas dan memberi informasi real setiap hari lalu pemikiran mereka berkembang secara sihat. Di Malaysia berita buruk pembangkang dijamu setiap hari dan ianya mahu tidak mahu membentuk pemikiran mundur kerana asas beritanya tidak benar. Yang indah dan cantik dari media Malaysia hanya dari tindakan kerajaan. Jadi pemimpin kita harus pandai hipokrit dan dilihat hebat oleh rakyat.

3. Rakyat yang telah terbuka fikirannya semakin hari semakin bertambah tetapi masih bersifat eksklusif kerana mereka berkembang melalui media alternatif yang masih terhad. Itupun terus diintip oleh pihak-pihak tertentu yang merasa kuatir akan perkembangan ini. Baru-baru ini ada ura-ura kerajaan Malaysia mahu sekat aktiviti internet, tetapi dibatalkan kerana rakyat tidak boleh terima dan diwaktu yang sama pemimpin Melayu UMNO takut kena kutuk dari pemimpin dunia yang lain. Jadi nampaknya setakat ini mereka masih mencari jalan bagaimana dapat menyekat aktiviti ini supaya PRU 13 kembali kepada mereka. Dari segi yang lain kesempatan sekarang digunakan juga oleh pihak-pihak tertentu untuk mengumpul data siapakah yang menjadikan internet sebagai media menghentam kerajaan. Sekiranya diharamkan sekarang maka data mereka akan hilang. Jadi para blogger dan semua pihak yang terlibat sila ambil perhatian agar jangan sampai ada pihak yang boleh memerangkap saudara semua.

4. Saya menyokong langkah PR mengadakan bengkel dan merapatkan barisan antara ahli. Ini langkah yang bijak dan dapat mengembalikan semula kekuatan yang selama ini telah diceroboh oleh UMNO BN. Saya ingin menyarankan agar pihak PR memberi fokus utama dari segi disiplin ke dalam komponen parti yang ada. Solidkan komponen dengan apa cara sekallipun kerana ini adalah harga mati (saya pinjam dari kata-kata orang Jawa). Tidak solid bermakna PR akan mati diserang oleh UMNO BN. Perkara kedua ialah persefahaman antara komponen parti. Faham dasar perjuangan dan saling menghormatinya. Tidak ada siapa yang menjadi hero sendiri dalam PRU 13 melainkan hero bersama. Perkara ketiga ialah mengatur strategi dari semua sudut dan jangan hanya mengikut rentak permainan musuh. Biarkan mereka menyalak sehingga dilihat oleh rakyat mereka adalah politisi (orang politik) yang bodoh dan berakal pendek. Jika perlu dijawab harus dari satu sumber PR bukan dari semua parti.

Mohon maaf jika ada yang terlebih !!! Harapan kami dari rakyat biasa ialah "Malaysia kembali ke tangan rakyat dan ditadbir oleh yang dipercayai oleh rakyat"

Bengkel putuskan daftar Pakatan Rakyat
Wartawan Harakahdaily
Thu | Aug 13, 09 | 11:27:01 am MYT
VERSI TERKINI

PETALING JAYA, 13 Ogos: Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi.

Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Harakahdaily.

Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.

"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.

Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.

ImageHampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini.

Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.

Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.

ImageUntuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.

Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing.

Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.

"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar. _


Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai
Hazayani & Dzulfikar Mashoor| Foto Wan Zahari
Thu | Aug 13, 09 | 2:49:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

Image

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.

Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing. Image

Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini. - azm

(Berita lanjut menyusul) _

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!