foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, September 7, 2009

MUSLIM UIGUR DI XINJIANG DIHINA LAGI..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Muslim Uighur Dilarang Berpuasa Ramadhan

Senin, 07/09/2009 16:04 WIB

Tampaknya pemerintah China benar-benar serius terhadap komunitas Muslim di negaranya itu. Setelah peristiwa beberapa bulan silam yang menewaskan sejumlah besar Muslim di kawasan Uighur, sekarang di bulan Ramadhan, pemerintah China di provinsi Xinjiang mengeluarkan ancaman, jika ada pekerja di Uighur yang kedapatan tak makan siang selama Ramadhan, maka akan dipecat. Demikian diberitakan oleh Epoch Times.

Ini merupakan usaha keras dari pemerintah Xinjiang, agar Muslim Uighur tidak menjalankan kewajibannya di bulan Ramadhan. “Makan siang gratis, teh dan kopi—pemerintah menyebutnya ‘Kepedulian dari Pemerintah’ ditawarkan di departemen dan perusahaan pemerintahan. Tapi itu tampaknya strategi pemerintah untuk menemukan siapa saja yang berpuasa.” Ujar Dilxat Raxit, juru bicara World Uighur Congress.

Menurut Dilxat, Partai Komunis Uighur telah memaksakan menandatangi “surat pertanggungjawaban” yang bersumpah untuk menghindari puasa dan aktivitas ibadah lainnya. Mereka juga tidak segan akan menghukum siapapun yang kedapatan berpuasa di wilayah ini.

Para pemilik restoran Muslim dipaksa pula menandatangi dokumen yang menyatakan mereka akan terus buka sepanjang hari dan menjual alkohol sepanjang Ramadhan, atau izinnya akan dicabut. Para ustad di masjid dipaksa untuk menyampaikan ceramah tentang puasa itu kegiatan feudal. Jika tidak, izin mereka pun akan dicabut.

Saat ini, situasi di Xinjiang untuk orang Muslim belum kembali normal. Militer dan tentara berjaga-jaga dimana-mata.(sa/epochtimes)

HR9808:

7 Sept

Membaca berita Ramadhan dari Xinjiang amat memprihatinkan dan seharusnya ada beberapa langkah yang wajib diambil segera.

1. OIC harus mendesak China agar menghormati dan memberi hak beragama kepada masyarakat Muslim Uigur dengan serta merta. Sekiranya pihak OIC tidak melaksanakan tanggungjawab ini maka wajar OIC dibubarkan sahaja!! Jika sebelum ini Pak Lah jadi pengerusinya dan sekarang sudah diserahkan kepada orang lain atau masih kekal tapi masih tidak nampak peranan sebenarnya.

2. Pihak media Muslim dan para simpatisan dari seluruh dunia harus menyebarluaskan maklumat kezaliman ini agar umat Muslim bersatu memberi sokongan kepada puak Uigur demi maruah agama dan hak asasi kemanusiaan. Tunjuk perasaan seharusnya dapat disusun aar desakan lebih meluas. Terutama di Malaysia yang kononnya jaguh hak asasi dan prihatin dengan nasib umat Islam. Jika soal kuil boleh bertempik, kenapa tidak soal yang lebih parah seperti ini. Saudara kita tidak dibenarkan berpuasa dan nyawa mereka terancam seharusnya seluruh umat Islam bangkit bersuara!! Jangan hanya jadi jaguh kampung sahaja dan mari kita bersama nyatakan penderiaan kita.

3. Kerajaan Malaysia seharusnya memainkan peranan dan mengajak negara lain untuk bersama mendesak secara diplomatik. Tapi jika hal serius begini tidak diambilkira maka jelaslah Malaysia punya pemimpin yang sudah tidak berwibawa lagi. Tidak seperti zaman Mahathir dulu (bukan bermakna saya bersetuju semua dengan Mahathir) yang lebih berani menyatakan sesuatu dengan pantas. Sampai saat ini saya belum pernah mendengar Najib bersuara soal saudara Muslim Uigur? Takut ditarik semua bantuan atau sememangnya tak prihatin?

4. Desakan diplomatik dan tahapannya perlu segera bukan menunggu setelah ratusan ribu umat Uigur mati baru mahu bersuara. Segeralah berbuat sesuatu untuk saudara kita ini? Mereka meraung meminta tolong dari kita dan siapakah lagi yang mampu menolong mereka? Umat Islam Indonesia yang ramai sewajarnya berperanan memberi desakan ini sehingga ke tahap mengurangkan import produk China dan pelancongan. Sama juga dengan Malaysia dan beberapa negara Muslim yang lain, mesti bertindak kerana tempuh dan aksi deraan mereka makin melampau. Semoga ALlah memberi keberanian kepada pemimpin negara Islam sedunia yang sememangnya sedang tidur neyenyak. Merenung kenyataan di atas membuat hati kita bergetar!!!!

Ya Allah Kau pilihlah kami sebagai hamba Mu yang mahu berkorban diri, harta dan nyawa demi saudara kami di mana sahaja mereka berada.!!! Jika ada pemimpin kami yang lalai dan tidak mahu membela saudara kami maka kau hancur luluhkanlah kerajaan mereka dan ganti dengan mereka yang lebih baik.!! Ya ALlah..berikanlah kami kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan tugas ini!!!

1 comment:

  1. Mat Nasir Mohamed
    saya cadang bawa nik aziz pi tengok sendiri disana apa yg sebenarnya berlaku kepada umat islam, kemudian bandingkan dengan kerajaan BN yg dia kata zalim dan sebagainya.
    14 hours ago ·

    Mazli Mazlisr
    Itu negara Kapiaq harbi..lol. Malaysia ni Islam Hadhari. Mana boleh buat perbandingan bro...lain kali kena buat perbandingan yg munasabah. Jangan hentam keromo je...org msia ni bukan semua sokong BN...gunakan cara ilmiah jika nak buat perbandingan lain kali
    14 hours ago ·

    Mazli Mazlisr
    Nik Aziz kata BN Zalim sebab org BN yg ditunjagi oleh UMNO yg majoritinya Islam pun boleh berlaku zalim kepada org Islam di dalam negaranya sendiri..nampak
    14 hours ago ·

    Mazli MazlisrNi negara China yg pemerintahnya bukan Islam...buat tekanan pada org Islam....sewajarnya kita buat tindakan yg sepatutnya untuk memberikan sokongan...
    14 hours ago ·

    Mustapa Mansor
    Bro..Mat..tak perlu Nik Aziz..sdr Mat Nasir, Mazli, Ust KJ dan ana kita pergi bersama..!! Selepas balik dari Palestin..boleh!! Yang tarik kepala lembu dan rombongan yang ramai semlam tu..kita ajak ke Demo di Kedutaan China!! Baru le hebat..kita sembelih unta pula!! selepas demo kita makan sate..amacam? UMNO dan semua kita join sekali!!
    14 hours ago ·

    Aisah Lamsah
    akak setuju dengan mustapa...sangat2 setuju...akak buat kuah kacang satu periok besar....untuk cicah sate tak cukup sate kita celup je orang sedap mulut bercakap tu.
    13 hours ago ·

    Mustapa Mansor
    Tq..kak aishah..minta polis jangan tembak sudah lah nanti bercampur kuah sate pula..kita perlu cari voluntier cucuk sate pula..mana Ust KJ.?
    13 hours ago ·

    Abdullah Syahirnu
    wioo..pasal tu PM Najib cakap hari ini pasal nak ikut Quran, ex PM pun cakap pasal Quran jugak...hilang dah Hadhari.
    Mat Nasir pun angkat leee..sikit, moga2 dapat habuan. sempena nuzul Quran..moga2 perkataan dan perbuatan sering.
    12 hours ago ·

    Nordin Ismail
    Sdr Mustapa.Apa kata masa raya nanti kita buat rumah terbuka dan jemput semua dari Kedutaan China datang.Sambil menjamu dan persembahan bolehlah kita sampaikan rasa hati kita dengan sopan.
    5 hours ago ·

    Mustapa Mansor
    good idea..nordin. Tapi kawan kita di Indonesia mereka pergi direct terus ke kedutaan..Saya balik dari Palestin nanti kita aturukan pertemuan dan serahkan memorandum ke pihak Kedutaan China..Semoga sdr semua dapat support ye!!
    about a minute ago ·

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!