Wednesday, October 28, 2009
PERSEPSI PEMIMPIN YANG HARUS DIJERNIHKAN TERHADAP RAKYAT...
IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
30 OKT
Persepsi seorang pemimpin terhadap rakyat harus dibetulkan kerana selagi ada persepsi begini maka kebajikan rakyat dan kesejahteraan rakyat tidak akan dicapai. Persepsi paling salah ialah:
1. Pemimpin masih menganggap rakyat adalah kuli mereka. Yang seharusnya terbalik. Pemimpin adalah kuli rakyat. Realiti yang kita lihat bila bergelar pemimpin segala kelebihan hidup mewah diperolehi secara mudah kerana sudah menjadi prosidur kenegaraan. Saya kira ada kelebihan yang wajar-wajar saja tapi sebahagian besarnya berakibat kepada ketidakwajaran ketika kelebihna tersebut diambil dari budget buat rakyat miskin. Rakyat yang masih ramai yang mengemis tapi raja dan pemerintahnya bergaya di khalayak, saya kira ini sudah salah persepsi. Di waktu rakyat mengikat perut ada pemimpin yang makan 40 x sehari sampai buncit. Di kala kita tidur di kamar berhawa dingin tapi ada rakyat yang berteduh di bawah bangunan atau jambatan. Apakah ini persepsi yang betul? Nanti kita smabung lagi..
(kena ke ipoh ada meeting NGO...)
komentar ini saya ambil dari FB>>.sila renungkan..!!
Ada kerja di pejabat pendaftaran Maju Juntion KL..sambil berjalan ..ketemu lagi warga yg menumpang tidur di tepi gedung pencakar langit..Siapakah mereka ini? Di manakah keluarganya atau dia dilahirkan sendiri atau dia tidak punya anak yang dibesarkannya atau tiada lagi Jabatan Kebajikan yg dipertanggungjawbkan oleh satu Malaysia? saya hanya mampu mendedahkan agar ada hati yg bergetar!!
SAYA BERSIMPATI DENGAN TAHAP PEMIKIRAN USTAZ-USTAZ YANG MENYOKONG PERJUANGAN UMNO?
29 OKT.
Semasa membentangkan kertas kerja tentang "Komitmen kepimpinan" di INTIM Ipoh, saya turut hanyut merasakan betapa pentingnya kita memahami perkara asas dalam kepimpinan. Dari asas inilah sebenarnya melahirkan komitmen kepimpinan. Tanpa asas maka janganlag kita berharap pemimpin yang berkomitemen. Apakah asas tersebut? Asas paling utama ialah keperibadian calon pemimpin itu sendiri. Hampir 2jam setengah membahas tajuk ini tanpa sedar udah waktu zohor. Semoga para peserta dapat menghadamkan tajuk ini dengan baik dan dapat dilaksanakan dalam amalan harian sebagai pemimpin.
Bergegas tadi malam ke KL kerana pagi tadi ada pertemuan dengan teman dari Jakarta yang juga adalah kontraktor IT di Indonesia. Alhamdulillah dari jam 11 pagi sehingga jam 4 petang hajat mereka dapat tercapai. Semoga IP Tv yang bakal beredar di Indonesia menjadi solusi terbaik untuk rakyat mendapat info lokal secara berkesan. Setelah makan petang di KL Sentral, mereka terus menuju ke LCCT untuk flight jam 8 malam.
Selepas itu saya menuju ke Idaman Gombak makan malam bersama anak-anak.Alhamdulillah..
Sudah beberapa hari tidak sempat menulis di blog kerana program yang terlalu padat. Tapi hari ini saya sempatkan juga setelah membaca beberapa komentar dari ust kaum nasionalis sekularis Malaysia di FB. Semakin hari semkain menjadi-jadi kaum ini memprovokasi para pejuang Islam dengan caci maki dan sumpah seranah mereka. Saya ungkapkan di sini hal ini kerana ianya amat sensetif kepada aqidah umat. Mari kita bahas secara jelas dan berlapang dada:
1. Dari perbahasan mereka jelas sekali kekeliruan atau sengaja dibuat keliru atau meungkin juga mereka diupah untuk dilihat keliru oleh umat. Saya tidak nampak cara mereka boleh mempengaruhi pemikiran rakyat tetapi mereka dengan sengaja merendahkan mertabat mereka dengan sedar. Bagi saya ini adalah "mindset" yang sengaja dibuat oleh kaum nasionlis sekularis agar imej ust itu lekeh dan rendah. Mereka berhujah dengan tahap minda yang seperti anak-anak nakal yang buta matahati.
2. Maka muncullah imej baru terhadap para agamawan atau ust di mata rakyat bahawa golongan ini tidak layak memimpin dan lemah. smada mereka sedar atau tidak sebenarnya mereka sedang diperalat dan sama sahaja bentuknya ketika penjajah dahulu melayan kaum agama atau ulama. Yang dianggap benar oleh penjajah adalah perkara yang bersesuaian dengan acuan strategi mereka. Jauh sekali dari keebnaran. Dan bukan sedikit golongan ini menjadi talibarut penjajah sehingga mereka akhirnya dipinggirkan oleh golongan nasionalis dalam semua hala kecuali dalm hal agama dan adat yang sempit. Mereka senang begelumang dengan hal ini kerana mendapat bayaran yang lumayan dari penjajah.
3. Inilah relaiti yang kita hadapi sekarang seperti zaman itu berulang lagi. Bezanya hanya media yang berlaku. Dulu senyap sunyi kerana lambatnya sistem informasi tetapi sekarang cepat dan sangat terbuka. Pemikiran mereka dapat dibaca dengan segera dan seharusnya para pejuang menggunakan media yang sama untuk merperingati golongan ini dnegan dakwah yang jelas bukan hanya memaki hamun. Kita perlu mengajak mereka kembali kepada Islam sebenar dengan dakwah bil hikmah..!! usah ini perlu dilakukan dengan program yang jelas dan berstrategi. Semoga pemimpin umat tidak leka dan khayal dalam kes ini.
Mari kita baca dan nilaikan pemikiran mereka sebahagian darinya!! Say bentangkan di bawah atas isu DSAI ke Mesir:
http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs096.snc3/16348_1069947368616_1824075400_156650_4680842_n.jpg
Khairi Jalalluddin
ya Faisal.. ana dah dengar lama pulau-memulau tu.. jangan sorok :)
about an hour ago
Mohd Faizzudin Ghazali
Bagiamanalah pljr-pljr baru tidak ikut PMRAM... Sbb bila tgk UMNO Mesir, takdelrah langsung kebaikan yg dinampak... Ahli-ahli UMNO Mesir.. masya-Allah sungguh memalukan...
about an hour ago
Mohd Faizzudin Ghazali
Saya tau mslh akhlak pimpinan UMNO Mesir... Tangkap khalwat, gay, mslh couple dll... Bukan perang saraf, tp ini adalah realiti.. Sungguh mengaibkan.. Eh, MFS pun ada jugakkan terlibat...Hehe..
about an hour ago
Khairi Jalalluddin
Faizuddin jagan jadi macam PAS kat Malaysia, kalah, pas berpecah, pas jaga arak kat selangor, semunya ditala kat UMNO.. bila nak selesai, rakyat nak muak dah dengan PAS, pelajar Azhar ramai tak tahu..
about an hour ago
Mohd Faizal Sabhon
ada bukti? anda dan rakan-rakan seperti anda suka menabur fitnah dan dengki melihat pimpinan KELAB UMNO cuba rapat dengan mahasiswa walaupun atas nama ukhuwwah! Perangai dengki dan hasad itu hasil tarbiah USRAH2 dari senior2 lama yang totok PAS...mana mereka sekarang??? Dalam PAS pun tak nampak! Orang PAS pun tak nak orang macam tuh! Liability!
about an hour ago
Mohd Faizzudin Ghazali
Sebab mslh2 tu dari zaman UMNO lagi memerintah syeikh.. Bukan senang nak membersihkannya..
about an hour ago
Khairi Jalalluddin
Faizal... esok jangan lupa tanya juga mengapa Bardul Amin kutuk Dr. Zainul Abidin dengan mengatakan mufti bapak syaitan.
about an hour ago
Mohd Faizal Sabhon
Itu semua perang saraf yang kelab UMNO takkan layan dan sesekali tidak akan terpedaya dengannya! nampak tak konvo baru-baru nih !!! sapa suruh BOIKOT! anda sendiri kenalkan dengan PIMPINAN dari persatuan mana? PMRAM bukan! tapi nampak tak,BOIKOT GAGAL!!!!!
about an hour ago
Mohd Faizzudin Ghazali
MFS, nak ana nyatakan bukti ker? banyak mslh korang dalam file hisbah.. ana boleh jer sebut sorang-sorang.. Tapi, Islam tidak ajar begitu.. Aib orang kena simpan..
about an hour ago
Mior Khabir Zikri
Us. KJ cakap di atas tu "jangan bertelagah sesama sendiri". Ya, benar. Ada manfaat ke saling kata-mengata ni? Bilalah nak bersatu wahai Muslim semua? Isk, isk.
about an hour ago
Mohd Faizzudin Ghazali
Sudahlah faizal, jgn nak berbohong disini... Kami kenal siapa anta sebenarnya... Aib kalu diceritakan perangai anta... jgn nak tunjuk bagus disini..
about an hour ago
Mohd Faizal Sabhon
siapa HISBAH? diiktiraf oleh undang-undang MESIR ker? atau saja nak tunjuk kuasa yang korang tak dak? dengar-dengarnya gaya HISBAH macam TALIBAN,nampak perempuan dan lelaki bercakap dikhalayak UMUM pun dah menggelabah! tak perlu layan HISBAH ker..bapak HISBAH ker.....saya pun ada dua cerita yang individunya masih ada di Mesir,katanya HISBAH datang ... Read Moregeledah rumah mereka konon ada bawa perempuan.Bila kata nak call polis Mesir,mencecet lari si HISBAH...itu macam dah boleh claim menceroboh tau...dah lah tuduhan tak berasas!
about an hour ago
SucaGwale Kan Yusuff Hassan
PMRAM & kaf lam ba UMNO....ade gak cite kat sini...haha
about an hour ago
Mohd Faizzudin Ghazali
Dahlah tu faizal..malas sy nak layan anda... Siap2 kita pergi masjid.. Solat maghrib berjemaah..Doa byk2, sama-sama Allah tunjukkan jalan.. Kembalilah anda ke pangkal jalan...
about an hour ago
Mohd Faizal Sabhon
Tengokkan gaya si MFG tuh.....inilah gaya penyokong PAS di Mesir...rugi PAS kalau terima orang macam nih ! PAS akan lebih dibenci oleh orang ramai...termasuk atas pagar
about an hour ago
Mohd Faizal Sabhon
haaaa yang tuh bagus MFG...mari kita sama-sama ke masjid....sokong MFG....
about an hour ago
Mohd Faizal Sabhon
Harap MFG dapat kembali ke pangkal jalan....PKR dan DAP suka bawa orang salah jalan....erk...marah ANWAR kang!? Urlphph??!!!
about an hour ago
Khairi Jalalluddin
ana setuju ngan Faizal.. betul tu, ramai yang ultra kat Mesir balik Malaysia, PAS pun takut nak ambil, sebab bebanan kepada mereka. Wallahu'alam
about an hour ago
SucaGwale Kan Yusuff Hassan
PMRAM....PMRAM....blaja la wei kat mesir tu...jgn pedulikan semua politik kelab UMNO n PMRAM tu...banyak ilmu buleh dapat kat sana....jgn buang masa
about an hour ago
Khairi Jalalluddin
ya betul tu Sucawale.. ana dulu kat Jordan.. pun rasa rugi.. tahu tiga baru sedar nak talaqi.. kalau tahu dari tahun satu dah mulakan...
about an hour ago
SucaGwale Kan Yusuff Hassan
ye la kan...kite orang malaysia memang mcm tu...kalau kite tgk plaja africa dan eropah di sana ...sebok mencari ilmu dan mengenali budaya dan bangsa timur tengah...tak yah la nk gaduh2...kalau nk ckp banyak pon abeskan blaja dulu...jadi manusia berguna dulu...bukan manusia perosak....
Sorry..i do love PAS but not DSAI....
about an hour ago
Mustapa Mansor
masih senang dgn style nasionalis silakan,seklaipun jelas ianya berasal dari faham sesat materialism, masih senang dgn cara apa pun silakan !! tapi ingat yg memerhati kita adalah pencipta kita..Allah yang maha segalanya!! Maaf sekali, masih ada makhluk Allah yg angkuh yg pernah menadah kitab siang malam sehingga kebenaran menjadi kelabu..Saya ber ... Read Moresimpati melihat dan memerhati beberapa org ust ini beraksi membela kebatilan..kenapa begitu jauh sekali ye?Patutlah umatnya sesat. saya doakan agar Allah memberi taufiq dan hidayah, AMin.
about an hour ago · Delete
Abu Miqdad Shaarani
budak yang belajar kat mesir tu bukan semua nya DUNGU.... biarlah Iman dan Ilmu mereka menilai.... Wallahualam...
55 minutes ago
Saudara Faizal Daud
saudara faizal teruskan usaha anda.
40 minutes ago
Papa Gomo
Kecoh isu perjumpaan Blogger bersama Hassan Ali pada malam yang lepas. Apa yang sampai kecoh sangat ni??? Apa isu yang menarik sehinggakan Blogger Pakatan Al Banjari dan geng nya yang lain Kepanasan dengan artikel Gomo???
http://www.papagomo.com/2009/10/live-blogger-pakatan-kepanasan-dengan.html
25 minutes ago
Pakya D'great
Lepas ni DSAI nk ckp bab ISlam kt depan Pelajar kt Mesir tu supaya pelajar kt sana kena faham betul jenis ISlam yg sebenarnya. Rasanya kot
18 minutes ago
Monday, October 26, 2009
APAKAH MASIH ADA HATI DALAM RONGGA TUBUH KITA?..
26 Okt
Di tengah malam begini , saya teringat di minggu terakhir ramadhan sy ke Palestin..tapi tak dibenarkan masuk jdi tersangkut di Mesir..Hati rasa macam nak pecah bila lihat di sempadan nak ke Gaza,,bantuan ditahan oleh kerajaan Mesir..saya nak cadangkan kpd siap yg kenal baik dgn rosmah n Najib..buatlah gesaan kpd Mesir spy lepaskan bantuan tersebut..kita asyik dgn lawat sana lawat sini..... tapi nyawa manusia terancam di Gaza macamana?? Kaitannya dgn rosmah sbB dia sekarang di Dubai..selangkah lagi sampailah ke Gaza..tp di Gaza tak ada tempat shopping ya..!!
Saya lontarkan hujah ini dinFB agar ada respons segera dari pimpinan negara Malaysia. Kenapa puladi FB?..Ya inilah media rakyat kerdil bersuara. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kita terlalu emosional terhadap Palestin. Tapi bagi saya, bukan begitu. Apa yang saya rasakan adalah apa yang saya lihat dan lalui ketika di Mesir. Mustahil sekali jika ada pimpinan negara yang pergi ke Mesir atau negar ayang tidak jauh darinya tidak terlintas di fikiran mereka untuk menjenguk ke Gaza? Jika sebagai pemimpin sebuah negara yang kononnya dihormati di negara arab apakah tidak mungkin masalah bantuan yang ditahan di Mesir dilepaskan?..Saya rasa anih sekali car berfikir pemimpin kita hari ini. Mereka seperti punya gelombang yang sama. gelombang takutkan Amerika. Gelombang pengecut dan penjilat Amerika. Aduhai rakyat Malaysia, bukakanlah matahati mu!! Lhatlah realiti ini..
Bahwa pemimpin negara di kebanyakan negara umat Islam sudah tidak sensetif lagi dengan keadaan umat atau sdr mereka. Yang sensetif bg mereka ialah bagaimana mahu baw wmng masuk dan investor masuk. Mereka sudah menjadi budak kapitalis dan hamba Amerika dan Israel. Ini relaiti yang sebahagian besar umat ini terlupa. Bila mereka mendengar ada sepatah ayat yang menyejukkan maka mereka terlupa segala kebobrokan dari sang pemimpin itu. Lalu tangan direbut untuk menciumnya ketika selepas solat Jumaat. sekalipun mereka tahu yang snag pemimpin solatnya hanya pada hari Jumaat. tapi demi harta, fulus, takhta dan segalanya di dunia ini maka,,mereka mencium tangan si penguasa...
Nauzubillah,, semoga Allah merobekkan rasa cinta kepada kemaksiatan begini dari hati kita. Perbuatan begini seharusnya dibenci dan dihina kerana melanggar perintah Allah. seharusnya mereka yang tidak mahu solat diingatkan oleh kita semua. sama jugalah dengan keadaan di Padang, Aceh dan Jawa barat yang dilanda musibah. Yang kena semuanya..tanpa kecuali..Yang solat atau tidak yang baik atau tidak yang rasuah atau tidak..
Sunday, October 25, 2009
BENARKAH ROSMAH BICARA SOAL PENDIDIKAN?
25 OKT
Rosmah bicara soal pendidikan benar atau tidak tak pasti. ? Tapi di media UBN diangkat isu ini. Simple aje soalannya. Jika boleh tahu ke Dubai ni untuk tujuan resmi negara atau shopping? Berapa ramai yang shopping? Berapa banyak bawa duit pergi dan bawa barang balik? Berapa orang bodyguard? Berapa orang kroni?..Bila di teropong..jadi terbalik pula..budget untuk pendidikan mengalirnya ikut sungai mana? Sungai Wang atau sungai Pahang?..Semua ini berkisar dalam kepala rakyat.<br />Tapi inilah realitinya...
Rosmah gembira peruntukan bajet 2010 untuk Permata
DUBAI 25 Okt — Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan peruntukan RM100 juta untuk program Permata dalam Bajet 2010 merupakan satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia.
Isteri perdana menteri berkata ini akan membolehkan projek-projek yang sudah dirancang di bawah inisiatif Permata dapat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi termasuk kementerian dan institusi pengajian tinggi.
"Saya gembira dengan perkembangan ini kerana ini bermakna lebih ramai kanak-kanak, termasuk di kawasan luar bandar, akan dapat belajar di taman didikan kanak-kanak yang baik menggunakan sukatan pelajaran terkini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali dengan rakyat Malaysia yang tinggal di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) di sini pada Ahad.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM100 juta itu semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Program Permata termasuk usaha untuk menubuhkan pusat-pusat Permata Negara bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
- BERNAMA
Friday, October 23, 2009
KENAPA IBU BAPA MENANGIS LAGI..??
Mustapa Mansor
Ramai ibu bapa yang menangis..ketika anak masih kecil..tapi sekarang ramai juga ibu bapa yang menangis bila melihat anak-anaknya membesar didepan tv atau laptop/desktop atau ps3.atau berpelukan dgn FB nya..apakah kita jg sama menjadi hamba alat hing...ga bukan saja ayah ibu tapi semuanya menangis..? sedang mengadakan sesi soal jwp bersama remaja..di akedemi pertubuhan Islam Perak..Read More
7 hours ago · · Like / Unlike · View Feedback (2)Hide Feedback (2)PELANCARAN E-S2U.COM PADA 7 NOV 2009..SEMUA DIJEMPUT HADIR!!1
Thursday, October 22, 2009
SIAPA YANG MENANG JIKA MALAYSIA DAN INDONESIA PERANG..?
Masa yang terhad dan aktiviti yang padat kadangkala untuk menulis di blog menjadi hambatan. Lalu dengan kemudahan di FB saya manfaatkan saja dan nampak ada beberapa poin yang seharusnya menjadi bahan pemikiran kita semua. Tajuk di atas bunyinya seperti provokasi tetapi sebenarnya bukan begitu tetapi ianya lebih kepada sebuah ungkapan betapa dahsyatnya akibat jika berlaku perang. Yang diuntungkan dari perang ini pasti ada dan samada ianya kebetulan atau sememangnya dirancang. Saya tidak mahu menuduh tetapi sebagai seorang yang mampu berfikir pasti ada hujah-hujah yang jelas. Semoga rakyat kedua negara ini menyedari dan mengambil nafas panjang ketika perasaan kecewa membuak-buak di dalam diri kita. Ayuh..kita berdamai dan ungkapkan perkataan ini dalm diri kita berulang kali maka kemarahan akan berlalu..!!! Walaupun ianya pahit dan menyakitkan tetapi jika dibandingkan dengan akibat perang jauh lebih ringan mudharatnya..!!
Imbasan dari FB..
Mustapa Mansor Baru selesai presentasi di masjid UTP..Us cahyo ajak minum di tepi tasik..indah sekali UTP..masjidnya dan persekitarannya yg damai.Sempat ngobrol dgn Ust..ternyata beliau org Majalaya..tak jauh dari Bandung..tapi skrg udah mahu tetap di Malaysia saja.....Udah 6 anak lahir di sini..ok..jd dari sini sy semakin yakin bahawa..Malaysia dan Ind tidak bisa dipisahkan lagi!!Read More
11 hours ago · · Like / UnlikeTuesday, October 20, 2009
SUKARNYA UNTUK PERCAYA MAHKAMAH DI MALAYSIA..?
21 OKT
1. Jelas sekali Mahathir masih berkuku dalam stuktur kenegaraan Malaysia terutama di era Najib. Rakyat tahu dan faham hal ini cuma mungkin kadar kemarahan rakyat tidak sama seperti di tahun 1998. Mahathir pandai berlindung di balik mahkamah dan undang-undang yang ada sama seperti Suharto ketika masih hidup. Tapi jika isu ini diangkat semula ke permukaan dan memberi implikasi kepada kemarahan rakyat saya kira tidak akan sama lagi seperti di tahun 1998.
2. Kebangkitan rakyat pada tahun 1998 adalah respons fitri yang kuat sehingga dengan jelas rakyat melihat bahwa Mahathir itu dan UBN itu jahat. Tapi sekarang setelah lebih 10 tahun berlalu, kejahatan UBn dan termasuk Mahathir sudah diterjemahkan dalam bentuk aksi protes pada undian. PRU 10, 11 dan kemuncaknya 12 sudah memberi bukti kukuh bahawa semakin banyak rakyat mahu dan sanggup memprotes Mahathir dan UBN. Jadi kebangkitan untuk turun di jalan sudah berlalu kecuali sesuatu isu yang melibatkan ramai pihak seperti ISA dan beberapa isu lain yang bukan lagi tertumpu kepada DSAI atau siapa sahaja.
3. Apakah ini petanda Anwar sudah hilang wibawa? Saya kira bukan begitu bahkan dengan keputusan beginilah akhirnya rakyat semakin jelas bahawa UBN ini tidak boleh diharapkan bagi emmpertahankan keadilan rakyat. Anwar menjadi ikon penting dalam kasus keadilan dan UBN membuktikan bahawa Anwar dilayan dengan tidak adil sekalipun telah bebas. Inilah kebobrokan sistem yang ada dan selagi UBN memerintah inilah standard yang harus diterima oleh rakyat. Sama juga dengan kes Nizar dan Siva di Perak? Apa bezanya? Cuma orangnya sahaja yang berbeza. Jadi jelas bahawa UBN masih kental dengan faham penindasan dan ketidakadilan.
4. Anwar dan PR mendapat kredit dari beberapa insiden selama ini serta kelebihan akan terus berpihak kepada PR selagi belum ada perubahan. Dan jelas sekali rakyat makin matang dalam membuat penilaian unyuk masa depan mereka dan anak cucu mereka. Jika Anwar dan PR semakin diyakini mampu membawa perubahan maka inilah titik terang akan potensi kemenangan di PRU 13 akan datang. Soal UBN anggap sepele isu ini maka silakan tunggu PRU 13 bagi meyakini dakwaan ini. Anwar dan PR tidak akan mengalami kerugian dalam kes-kes yang sudah dinilai rakyat sebagai tidak adil sekalipun oleh mahkamah tinggi.
Sila renungkan berita di bawah..
Dr. M menang rayuan saman fitnah Anwar
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 20 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal meneruskan rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan rayuan Anwar.
Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad turut memerintahkan Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir.
Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2007 yang membatalkan samannya terhadap Dr. Mahathir yang menuduhnya seorang homoseksual pada persidangan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005.
Dengan keputusan ini, bermakna mahkamah tersebut tidak akan mendengar rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang dijadualkan pada 2 November ini.
Hakim Abdul Malik turut menolak dengan kos permohonan Anwar untuk lanjutan tempoh masa bagi membolehkannya memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa Melayu.
Dalam permohonan membatalkan rayuan Anwar yang difailkan pada 2 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa, terdapat beberapa kecacatan dalam memorandum rayuan menyebabkan rekod rayuan tidak sempurna dan tidak boleh diperbaiki.
Peguam Datuk V.K. Lingam yang mewakili Dr. Mahathir berhujah, antara kecacatan tersebut ialah Anwar tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa Melayu.
Memorandum tersebut juga, katanya, tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur.
Sunday, October 18, 2009
SERANGAN HACKER DI BLOG INI..?
19 OKT
Saya menyedari pada malam ini bahawa blog ini sedang diserang oleh pihak yang tertentu. Ya..silakan saja dan saya memahami ini hukum perang universal termasuk perang cyber. Namun kepada para kuli orang atau pihak tertentu sila makan upah tersebut dan buncitlah kamu dengan upah tersebut. Jika itu penghasilan anda maka saya ingin mengingatkan bahawa perbuatan anda tidak merugikan sesiapa melainkan diri anda sendiri. Maruah anda dan kredibiliti anda hanya dinilai dengan RM atau USD bukan kehebatan fikiran anda. Teruskanlah usaha anda selagi anda mampu.
Kepada beberapa teman yang terus setia menjadi pengunjung di blog ini, saya memohon maaf kerana daftar kunjungan anda tidak dapat dimunculkan lagi atas alasan kehormatan dan kredibiliti. Semoga sdr semua tidak jemu untuk memberi sokongan kepada kami.!! Kepada Allah kita semua mengharapkan keredhaan NYA. AMin..!!
Apa yang ada dalam jiwa kami adalah "ruh yang baru" yang membawa obor "ummatuna.. masuliatuna". Kami tidak makan gaji dengan sesiapa dan kami hanya mengharapkan balasan dari Allah swt...Dengarkanlah nasyid ini!!!
Saturday, October 17, 2009
RASUAH, PERASUAH DAN PENYOKONG RASUAH WAJIB DIPERANGI..!!
Sudah sampai masanya isu rasuah benar-benar diperangi oleh rakyat. Ini bukan masalah PR tapi rakyat seluruhnya. Dari informasi dan perbincangan online, nampaknya isu ini makin meriah setelah Isa terpilih di Bagan Pinang. Jadi semakin jelas bahawa UBN tidak hiraukan soal kredibiliti seseorang pemimpin yang penting boleh menang dan popular. Apakah Isa sebagai ikon perasuah ketika zaman Mahathir dan zaman Pak Lah tiba-tiba dengan hanya bertukar casing boleh menjadi bersih? Tanpa ada calar sedikitpun kerana casing baru maka rakyat diminta untuk percaya yang beliau adalah manusia baru? Saya kira ini pandangan naif dan kolot sekali. Mahathir berpandangan samada lakunan atau benaran terhadap Isa tidak juga diambilkira dan Najib semakin yakin sekarang Isa menang. Bermakna dengan orang ada rekod rasuah boleh menang dan tidak mustahil di PRU 13 nanti model yang sama akan digunakan.
Model ini adalah sample kepada permainan rasuah di setiap pilihanraya. Samada menjadi atau tidak rasuah wajib ada. Bagi beras, bagi mee, bagi minyak, bagi wang, janji jambatan, janji itu ini dan sebagainya adalah modus operandi UMNO selama lebih 50 tahun. Saya rasa sedih sebab datuk nenek kita yang ada turut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dari penjajah adalah golongan ikhlas yang diputarbelit oleh golongan perasuah ini. Sehingga sekarang tradisi ini masih dianggap suci dan halalan toiba. Mana ada mufti yang berani memberi fatwa bahawa hasil merasauah kemudian menjadi wakil rakyat dan sepanjang tempuh itu segala hasil darinya adalah jijik dan hina..?
Maka tibalah masanya seluruh rakyat mengisytiharkan perang terhadap rasuah atau kita akan tenggelam dengan bencana ini.
Beberapa perbincangan dengan teman di FB menarik untuk kita tinjau soal kesedaran ini:
Khairi Jalalluddin bagaimana bentuk pemerintahan negara jika Pakatan Rakyat menang PRU-13?. Lihatlah apa yang berlaku di Sgor sekarang, maka itulah bentuk Kerajaan PR nanti. PKR jadi PM, DAP jadi Speaker, PAS pegang Menteri Agama dan Kabinet akan dikuasai oleh PKR dan ...DAP. PAS hanya melukut ditepi gantang. Premis rumah urut dan arak akan bertambah 10 kali ganda macam berlaku di Selangor.
Bg2 jg negara Islam pun ada cara nya. Kalau tidak apa bezanya duduk d negara Spura ngan Msia??? Both hidup aman damai...besanya ape?? Apakh M'sia ini Negara Islam?
Pada saya UMNO atau siapa saja boleh perintah negara dan negeri. Ia satu jaminan dalam Perlembagaan. Pokoknya, memerintah dgn tanggungjawab, telus, bebas dan adil.
Sudah sampai masanya isu rasuah benar-benar diperangi oleh rakyat. Ini bukan masalah PR tapi rakyat seluruhnya. Dari informasi dan perbincangan online, nampaknya isu ini makin meriah setelah Isa terpilih di Bagan Pinang. Jadi semakin jelas bahawa UBN tidak hiraukan soal kredibiliti seseorang pemimpin yang penting boleh menang dan popular. Apakah Isa sebagai ikon perasuah ketika zaman Mahathir dan zaman Pak Lah tiba-tiba dengan hanya bertukar casing boleh menjadi bersih? Tanpa ada calar sedikitpun kerana casing baru maka rakyat diminta untuk percaya yang beliau adalah manusia baru? Saya kira ini pandangan naif dan kolot sekali. Mahathir berpandangan samada lakunan atau benaran terhadap Isa tidak juga diambilkira dan Najib semakin yakin sekarang Isa menang. Bermakna dengan orang ada rekod rasuah boleh menang dan tidak mustahil di PRU 13 nanti model yang sama akan digunakan.
Model ini adalah sample kepada permainan rasuah di setiap pilihanraya. Samada menjadi atau tidak rasuah wajib ada. Bagi beras, bagi mee, bagi minyak, bagi wang, janji jambatan, janji itu ini dan sebagainya adalah modus operandi UMNO selama lebih 50 tahun. Saya rasa sedih sebab datuk nenek kita yang ada turut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dari penjajah adalah golongan ikhlas yang diputarbelit oleh golongan perasuah ini. Sehingga sekarang tradisi ini masih dianggap suci dan halalan toiba. Mana ada mufti yang berani memberi fatwa bahawa hasil merasauah kemudian menjadi wakil rakyat dan sepanjang tempuh itu segala hasil darinya adalah jijik dan hina..?
Maka tibalah masanya seluruh rakyat mengisytiharkan perang terhadap rasuah atau kita akan tenggelam dengan bencana ini.
Beberapa perbincangan dengan teman di FB menarik untuk kita tinjau soal kesedaran ini:
Khairi Jalalluddin bagaimana bentuk pemerintahan negara jika Pakatan Rakyat menang PRU-13?. Lihatlah apa yang berlaku di Sgor sekarang, maka itulah bentuk Kerajaan PR nanti. PKR jadi PM, DAP jadi Speaker, PAS pegang Menteri Agama dan Kabinet akan dikuasai oleh PKR dan ...DAP. PAS hanya melukut ditepi gantang. Premis rumah urut dan arak akan bertambah 10 kali ganda macam berlaku di Selangor.
Bg2 jg negara Islam pun ada cara nya. Kalau tidak apa bezanya duduk d negara Spura ngan Msia??? Both hidup aman damai...besanya ape?? Apakh M'sia ini Negara Islam?
Pada saya UMNO atau siapa saja boleh perintah negara dan negeri. Ia satu jaminan dalam Perlembagaan. Pokoknya, memerintah dgn tanggungjawab, telus, bebas dan adil.
lawan...
jangan tak lawan rasuah tu bro...
kita lawan rasuah bersulamkan agenda parti politik pembangkang...
mesti best...... Read More
he.. he.. he...
sesekali tu teguk sekali air jampi Ulama' yang berkepentingan politik...
calus terus ke perut...
kalau bijak...
be fully independent...
aku joint...
aku pernah apa jolok sarang rasuah kt TNB...... Read More
he.. he.. he...
seronot dan kacang jer...
amacam...
apa langkah ke arah tu...
tak kan berbual dan membebel jer...
kalau takat cam tu baik main game...
Selagi SPRM tak jadi badan bebas sebebas bebasnya
rasuah akan ada di malaysia nie.