foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, October 4, 2009

ANTARA METROPOLITAN DAN ORANG HUTAN...?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
14 OKT

Sudah lama sekali tak meronda ke Bukit Bintang di waktu malam, semalam dan hari ini ada sedikit waktu sebelum berangkat ke Jakarta saya sempatkan men injau sekitar kawasan ini. Apa yang dapat saya perhatikan ialah:

1. Sampah sarap masih berserakan di merata tempat. (foto ada ..) bersebelahan dengan MAybank dan merupakan laluan utama pelancong untuk ke KLCC dan Lot 10. Ini salah siapa atau tidak ada siapa yang salah?..DI Pudu raya agak bersih setelah dua kali Najib datang tetapi bangunan yang tergendala masih belum selesai sampai sekarang..Jadi maknanya jika Najib datangpun masih belum selesai. Mungkin di Bukit Bintang juga sama. Tunggu Najib datang mungkin?. Datok Bandar Kl buat kerja apa? Tangkap peniaga kecil di Majid India dan saman selalu tetapi kenapa di Bukit Bintang terbiar sekali? Begitu juga dengan pengemis dan mereka yang kurang sihat masih berkeliaran. Peatang tadi kelihatan ada sebuah kereta peronda Dewan Bandaraya tetapi mereka hanya merenung sahaja..

2. Perkara kedua, biasalah tempat lepak anak muda. Hairan juga kerana ada orang dari negara luar datang bermain gitar di depan Maybank mencari duit dengan serius dan dia dapat kumpul banyak wang mungkin selesailah untuak sehari dua belanja beliau..Tapi anak muda kita masih tetap menjadi penonton..(nanti bersambung..)


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!