foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, December 19, 2009

BUKU TENTANG MAHATHIR...JADI BEBAN....??

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


20 DIS

Sebagai rakyat biasa yang ingin melihat masa depan Malaysia yang indah rasanya bukan mudah. Kecuali beberapa tokoh yang sedang menjerat leher negara ini dihadapkan ke mahkamah dan dihukum. Mahathir punya contoh tersendiri dalam hal ini sehingga buku tentang beliau disekat masuk. Jika benar mahu terbuka dan realistik kenapa buku tersebut ditahan? Jadi inilah salah satu bukti yang menunjukkan bahawa para bekas pemimpin dan pemimpin UMNO tidak bersedia untuk berdepan dengan realiti.,,,

Saya berharap teman-teman di Indonesia terutama dari pengusaha cetakan buku dapat menterjemah dan mengedarkan buku ini seluas mungkin agar memudahkan lagi buku tersebut masuk ke Malaysia.Di waktu yang sama rakyat Indonesia juga dapat memahaminya bahawa inilah realiti di Malaysia


Buku mengenai Mahathir tersadai di Perlabuhan Klang

Harakahdaily

KLANG, 18 Dis: Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja telah menahan 800 naskah buku mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times' yang dilihat sangat kritikal kepada beliau.

Menurut sumber, sudah tiga minggu buku itu sampai ke Perlabuhan Klang namun sehingga kini ia belum dilepaskan oleh Jabatan Kastam untuk diedarkan di negara ini.

Sebelum ini, Harakahdaily telah menyiarkan kandungan kritikal buku yang ditulis oleh bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal, Barry Wain itu.

Buku itu ditulis secara kritikal terhadap Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri negara ini.

Ia ditulis oleh Wain berdasarkan kajian yang dibuat beliau dan lain-lain pihak mengenai Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama hingga kini.

Antara yang ditulis Wain adalah Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.

Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.

Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!