foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, December 21, 2009

Penjelasan umum sekitar jalan dakwah..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


22 Dis

Ketika Dr. Yusuf Al Qardhawi berkunjung ke Malaysia, alhamdulillah umat menyambutnya dengan berlapang dada dan kehangatan ukhuwah. Tapi saya pasti masih ada juga dari sebahagian umat ini yang masih style lama dan menaruh rasa dendam. Inilah yang bahaya. Mereka dendam dan hasad kenapa Syekh masih diterima pandangannya oleh sebahagian besar umat Islam sedunia.? Semoga pihak yang berdendam dapat merenung jauh dan melihat alam luas dengan bersangka baik kepada semua.

Kesempatan ini saya ingin membawa tajuk dari kitab Fiqh Dakwah "Penjelasan umum sekitar jalan dakwah...". Semoga ada manfaat buat kita semua.

Dakwah yang benar adalah dakwah yang mengajak manusia kembali kepada ketaatan kepada Allah seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah dari permulaan dakwahnya di Mekah dan sehingga berjaya menyebarkannya ke seluruh dunia.

Syekh Mustafa Masyhur menekankan kepada aspek tujuan (ghoyah) tertinggi dakwah ialah
hanya kepada Allah. Tidak ada sesuatu yang dituju selain Allah. Umat Islam beriman kepadaNYA, melihat segala sesuatu di dalam hidup ini untukNYA. Kita beribadah kepadaNYA dengan segenap kesungguhan, mencari redhaNYA dalam seluruh usaha, dari sekecil-kesilnya sehingga kepada hal yang sebesar-besarnya dalam seluruh kegiatan hidup dengan penuh ikhlas, tulus yang sempurna dan yakin yang sebenar-benarnya. Bahkan dari sinilah terletaknya kebahagiaan yang sejati serta hidayah dan kejayaan hakiki.

Tugas terbesar umat Islam ialah memimpin dunia, mengajar seluruh kemanusiaan kepada sistem Islam, membimbing kepada cara hidup Islam kerana tanpa Islam manusia tidak mungkin mendapatkan bahagia.Inilah juga tugas Rasulullah sehingga memberi rahmat ke seluruh alam.

Firman Allah " Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu"..(Azzaariyat ..50)

Oleh kerana tugas ini amat agung maka begitulah juga dengan balasannya. Allah menyediakan syurga yang seluas langit dan bumi. Yang isinya tidak pernah dilihat oleh mata manusia, tidak pernah didengar oleh telinga manusia dan tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Di syurga kita akan bersama dengan para nabi-nabi, para syuhada, para siddiqin dan para salihin, merekalah sebaik-baik sahabat. Kita juga akan selamat dari azab neraka yang bahan bakarnya adalah dari batu dan manusia.

Puncak dari semuanya ialah keredhaan Allah.

Firman Allah: "dan keredhaan Allah lebih besar, itu adalah keberuntungan yang besar" (At Taubah : 72).

Nanti disambung lagi,,!! Jika ada yang mahu memberi sumbangan komentar silakan,,,!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!