foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, January 10, 2010

MERENUNG REALITI DARI KES NAMA ALLAH....

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
 11 Jan 2010
Mari kita berlaku jujur terhadap realiti yang berlaku. Saya kutip perbincangan di fb agar kita semua dapat merenungnya..


2 hours ago
 ·  · 
Khairi Jalalluddin 
umat Islam wajib bersatu mempertahankan kalimah Allah SWT, jangan terlalu banyak berpolitik, hilang agama habis kita...

BuJangsenang Bin Hatigembira
BuJangsenang Bin Hatigembira 
betul tu ustaz, cuma mereka merasakan pilihanraya di sarawak itu amat penting sahaja yang main politik skg...kita pun tahu Parti mana ...
2 hours ago
Azizi Zarin
Azizi Zarin 
tapi dah lebih pada politik gayanyer....
2 hours ago
Din Deraman
Din Deraman 
Bila Paklah mengutarakan supaya umno dan pas berkerjasama> ada pihak dalam umno desak dia undur diri...???
2 hours ago
BuJangsenang Bin Hatigembira
BuJangsenang Bin Hatigembira 
silap Din....hadi awang dan nik aziz yang tak mahu...kalau kau suka kat pak lah suruhlah Pas lantik dia jadi timbalan mursyidul am Pas
2 hours ago
Nizam Mat Saari
Nizam Mat Saari 
saya dah lama cakap tentang pentingnya kesatuan umat islam malaysia, kenapa ada islam umno, islam pas?
2 hours ago
BuJangsenang Bin Hatigembira
BuJangsenang Bin Hatigembira 
politik UMNO tak membezakan antara pengikut pas dan UMNo...tapi politik Pas membezakan islam mereka dan islam orang lain...
2 hours ago
Zailan Mohamad
Zailan Mohamad 
Memang politik itu penting dlm islam, tapi kesucian islam itu mengatasi segalanya. Alquran menyuruh umat bersatu, tp kenapa ada puak2 yg tak nak.. Lebih pentingkan kuasa politik dan sanggup jilat ludah sendiri, sanggup kerjasama dgn kafir harbi
2 hours ago
Habibah Che Ali
Habibah Che Ali 
Setuju...Buang yg keruh ambil yg jernih, marilah kita semua bersatu mempertahankan maruah agama kita.Agama ISLAM! Allahuakbar!! [via Celcom SMS]
2 hours ago
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin 
ya Zailan, ana setuju politik itu tak boleh dipisahkan dengan Islam, malangnya PAS berpolitik kepartian yang sempit, begitu juga PKR. DAP dah tentulah nak perkudakan Islam, yang tu jelas.
about an hour ago
Mat Nasir Mohamed
Mat Nasir Mohamed 
pas yg kuat bos
about an hour ago
Saiful Nizar Abd Rahim
Saiful Nizar Abd Rahim 
Allah adalah Tuhan kaum Muslimin, Tuhan penganut Kristian malahan Tuhan kepada seluruh makhluk. Terus-menerus berebut nama Allah tidak akan membawa kita ke mana. Di kesempatan ini, kita masih menunggu siapakah yang mahu menyeru penganut Kristian di Malaysia kepada Islam, dan menyatakan Allah adalah Tuhan yg Esa, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Mengajak mereka untuk mentauhidkan Allah dan menumpahkan ketaatan hanya kepada-Nya.
about an hour ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor 
Jgn tembak org aje ust..!! Jika UMNO ikhlas untuk Islam.Buatlah dan lakukanlah sekarang sementara ada kuasa maoriti tipis..Kenapa tak mahu buat? Jelas sekali hipokrit UMNO ni..Nak ajak buat kerja Islam apa jika hipokrit? Jwb sendirilah..meluat style politik penjajah..paksa rakyat sokong jika tidak nanti kena..? Ini Islam ke? Podahlah!! Buat sekarang sebelum PRU 13 jika jujur!!
about an hour ago · 
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin 
cuba tanya pengarang majalah The Herald tu, seperti yang kita maklum mereka nak kristianisasikan orang2 muda kita sebab yang baca ramai anak muda melayu yang educated.
about an hour ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor 
itu isu lapuk la..!! semua agama ada strateginya unduk berbuat apa sahaja..jadi nak heran apa? Buat aje dakwah dengan ikhlas habis cerita. Ajak raja-raja tu, vvip ke masjid dan belajar dari para ust mcm anta tu..Malangnya..mereka di mana ketika para ust mengajar? Tahukan di mana!! Bila kena lanyak baru kelam kabut..
about an hour ago · 
Saiful Nizar Abd Rahim
Saiful Nizar Abd Rahim 
Kita kena muhasabah..di mana silap kita jika kristian mahu menggunakan kalimah Allah boleh menggugat keimanan anak Melayu dan semua menjadi kelam-kabut. Bukankah dari kecil mereka didengarkan dengan nama Allah? Diajar tentang Allah? Benarlah tauhid ada lawannya tiada, mendengar lawannya pekak bukanlah aqidah yang mampu menjadikan aqidah umat mantap.
59 minutes ago
Mohd Ali Rustam
Mohd Ali Rustam 

itulah susahnya bila agama dipolitikkan, ada pemimpim pas kata ahli dan penyokong umno mati tak masuk syurga, puas kita nasihat mereka jangan cakap begitu tak bail syurga neraka, ALLAH yang tentukan tak kira umno atau pas,kalau orang pas masuk umno jatuh pula talak suami isteri, mana boleh main main agama macam ini, sekarang kata ... See Moreherald magazine ... See Morekatholik boleh guna ALLAH sebagai TUHAN meraka, nanti kalau manamana ada tulis ALLAH macam mana nak beza islam tak islam apalagi kalau perkataan ALLAH diletakkan ditempat yang tidak wajar...sebab itu perkara ni dah jadi nilai hidup kita ALLAH itu untuk org ISLAM, dah mula sejak zaman sultan melaka dulu semua dah terima sebagai cara hidup kita..sebab itu hidup kita man damai. dan kita hormat menghormati, kalau ada orang ISLAM , orang tak islam makan makanan tak halal, semeja dengan kita, mana mungkin atas nama menghormati agama lain,orang islam pula perlu duduk semeja dengan orang buka ISLAM yang makan babi , ia mustahil boleh berlaku di Malaysia.tapi satu hari nanti nak cari undi parti pembangkang nak benarkan kerana negara lain ada yang buat...itu tanda meraka semakin gilakan kuasa hingga agama makin dipermainkan , dan malaysia akan huru hara, setakat rasuah pembangkang lagi tak hairan; jauhkan ALLAH perkara perkara begini, kembalilah kepada nilai dan tradisi hidup kita yang telah diwarisi sejak zaman kesultanan melaka, ISLAM dan bukan ISLAM hidup berbaik baik dan hormat menghormati mengikut nilai hidup kta ...Amin dar
17 minutes ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor 
sdr saiful..Jika kita semua mahu jujur muhasabah 1. Betulkan dari atas..(raja, vvip Melayu ) fahamkan mereka tentnag Islam Kaffah (Islam diinul hayah). 2. Betulkan ulama dan para dai 3. Laksanakan dakwah dengan cara hikmah kpd semua. Jika para raja dan vvip Melayu menolaknya..maka jgn harap ada perubahan. MAR..raja dulu masih ok..tapi raja sekarang di mana amalan dan hormat mereka kpd Allah dan Rasul? VVIP Melayu tak segan silu mempamerkan hidup yg menolak Allah sebagai tuhan mereka. Ust kaki ampu diangkat hingga fatwa yg keluar bersifat fulusan bukan kebenaran. sakit hati jika kita ungkapkan..TAPI inilah ubatnya. Nyatakan dan buka seluas-luasnya tentang kebobrokan sistem kita dan amalan hidup kita. Sedih bila kita kenangkan semua ini tapi inilah realiti. Umat sudah tiada daya, lemah dan merapu di mana-mana. Nak salahkan siapa? Mari kita salahkan diri kita sendiri!!! Kita semua akn dipersoalkan oleh ALLAH tak kira dari grup mana.."waqifuhum innahum masulun..."..yg paling ramai di tahan di pintu syurga nanti adalah para pemimpin dan raja-raja...mereka lali menjaga ISALM DAN KESUCIAN NAMA ALLAH..dan akhirnya semua mereka dihumban ke neraka krn kelalian ini..nauzubillah..
a few seconds ago · 


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!