10 Jan
Berada di KL dan bertemu dengan beberapa pihak serta sempat berbincang tentang hal gereja dibakar. Umumnya rakyat tidak boleh terima tindakan tersebut. Yang paling lucu ialah, Najib tanpa hitung hitungan terus memberi komitmen mahu bantu gereja tersebut. Saya tidak mahu komen soal bantuan tetapi wang bantuan ini semua wang rakyat. Carilah dulu si pelakunya dan limpahkanlah risikonya kepada grup pelaku!! Jadi seolah-olah UMNO pula yang mahu jadi hero atas perbuatan mereka sendiri. Kelihatan sangat percaturannya di mata rakyat. Tapi inilah politik murahan yang sejak zaman berzaman diamalkan olwh pemerintah.
Kenyataan media DSAI patut disokong kerana punya asas yang kuat dan lebih realistik solusinya.
Kenyataan Media: Kecaman Terhadap Serangan Ke Atas Gereja
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
10hb Januari 2010
10hb Januari 2010
Kami mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.
Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.
Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimem perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.
Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.
Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah. ” (Ali-Imran, 3:64)
Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut:
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri. (al-Ankabut, 29:46)
Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan suci penganut agama Kristian. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.
Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno. Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut. Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.
Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.
Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Pembangkang
———-
—PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE—
January 10, 2010
January 10, 2010
We are outraged by the tragic attacks on our Christian brothers and sisters and reiterate our unequivocal condemnation of the bombing of churches in Malaysia. Today’s attack on the oldest standing church in Malaysia, the All Saints Church in Taiping, is an attack on our nation’s heritage.
As a nation we struggle to uphold the spirit of unity that our founding fathers envisioned at independence. We must hold fast to Article 11 of the Federal Constitution which guarantees freedom of religion and the right of religious groups to manage their own affairs. In such times the spirit of engagement and dialogue must transcend those voices that would seek to sow discord and enmity across our land.
The people of Malaysia must unite against those who exploit race and religion to incite hatred for political gain. We must renew our commitment to religious understanding and religious freedom.
This is a time that tests the resolve of all religions for peace and mutual respect. We must remember that the God who we worship is in fact the same God, the Creator and Sustainer of the Universe.
With respect to the use of the word Allah, for example, it cannot be disputed that Arabic speaking Muslims, Christians and Jews have collectively prayed to God as Allah throughout the last fourteen centuries. While sensitivities over its usage have arisen in Malaysia, the way to resolve these conflicts is not by burning churches and staging incendiary protests but by reasoned engagement and interreligious dialogue.
Muslims must recall the memory of our own tradition’s remarkable commitment to understanding and coexistence with the People of the Book. Islam clearly grants respect to Christians and Jews. In the Quran’s second chapter, God says:
Say: O People of the Scripture! Come to a common word between us and you: that we shall worship none but God (Aal-Imran, 3:64)
And in the 29th Chapter He says:
And dispute not with the People of the Book but say “We believe in the Revelation which has come down to us and that which came down to you…our God [Allah] and your God [Allah] is One, and it is to Him we bow (al-Ankabut, 29:46)
Jesus is himself revered as one of the greatest prophets whose noble example should be followed. The Caliph Umar, who visited the Church of the Holy Sepulchre in 638 AD, was careful to ensure that the Muslims respect the sanctity of Christian places of worship. What then of our own Police’s hesitation to offer an assurance of safety and security for Malaysian churches?
Much of the blame for the recent attacks can be placed at the doorstep of the UMNO-led BN ruling party. Its incessant racist propaganda over the Allah issue and the inflammatory rhetoric issued by government controlled mainstream media especially, Utusan Malaysia, are reprehensible. Such wanton acts of provocation are indeed criminal and demonstrate the duplicity of the 1Malaysia campaign.
I am encouraged by the swift condemnation of the attacks issued by Muslim organizations and leaders. I likewise applaud our Christian leaders for their strong statements calling for calm and forgiveness and resisting revenge and retaliation.
The need for interfaith dialogue in Malaysia is an idea whose time is long overdue. We must now advance the spirit of sisterhood and brotherhood which is inherent in our religions and enshrined in our Constitution. Pakatan Rakyat will collectively take steps to ensure that the necessary dialogue and discussion take place throughout the country. Our fellow Christians must feel safe and secure in this country knowing that their freedom to worship is protected.
ANWAR IBRAHIM
Opposition Leader
Opposition Leader
Vedio di bawah saya paparkan agar menjadi renungan semua. Ada kalanya tindakan gelojoh dari sebahgian kita memberi implikasi negatif. Yang meroboh bukan orang bukan Islam tapi.....
Di Kg Berembang juga sama...
Kes Gereja lain pula ceritanya tapi ada kaitannya jika diteliti dengan saksama..Pandangan Habib Riziq amat menarik untuk kita teliti kerana di Indonesia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam dan masih saling hormat menghormati !!
Di Kg Berembang juga sama...
Kes Gereja lain pula ceritanya tapi ada kaitannya jika diteliti dengan saksama..Pandangan Habib Riziq amat menarik untuk kita teliti kerana di Indonesia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam dan masih saling hormat menghormati !!
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!