foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan
Showing posts with label Penamaan calon Permatang Pasir. Show all posts
Showing posts with label Penamaan calon Permatang Pasir. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

KEMENANGAN DI PERMATANG PASIR.....APA ALAMATNYA?


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


25 OGOS

Saya menerima panggilan dari seorang teman dekat yang juga seorang ahli koperat pada jam 4.45 petang bertanyakan keputusan di Permatang Pasir. Saya menjangkakan PR akan menang tipis ternyata selepas diumumkan hebat..(lebih 4551 undi majoriti). Cuma saya sempat memberi pandangan kepada beliau soal mood rakyat.


1. Rakyat tetap setia memilih PAS (PR) kerana secara umum semakin jelas di mata rakyat PR lebih telus dan jujur membela nasib rakyat. Dan rakyat secara umum tidak dapat menerima pendekatan UMNO yang sepertinya memaksakan agar rakyat berubah memilih mereka dengan bermacam bentuk suguhan. Suguhan atau pemberian yang dinilai rakyat tidak ikhlas bukan sahaja memberi implikasi menolak calon UMNO bahkan BN secara umum.

2. Isu yang digembar gemburkan oleh Muhyidin bersifat fitnah terhadap Anwar adalah isu basi yang diulang-ulang. Sejak dari zaman Mahathir 1999 sampai sekarang isu itu adalah isu dorulang (diguna semula) dan semakin lama diungkap bukan hanya menimbulkan kebencian bahkan ianya memberi kesan terbalik. Yang semakin jelas bagi rakyat ialah pemimpin UMNO yang khianat. Gunalah perlembagaan, sultan atau apa sahaja tetap isu itu sudah basi. Maka saya yakin isu ini akan diulang lagi semasa PRU 13, dalam corak yang sedikit berbeza tetapi kontennya tetap sama. Maka saya sangat yakin bahawa inilah petanda yang UMNO telah ditolak oleh rakyat dan buktinya akan lebih jelas ketika PRU 13 nanti.

3. Sebagai teman saya menyeru beliau agar merenung jauh supaya bersiap sedia mempersiapkan strategi baru dalam bisnes untuk selepas PRU 13. Era itu adalah era PR memerintah Malaysia jadi sayugialah beliau sebagai seorang ahli koperat merubah strategi dan berjinak-jinak dengan konsep PR. Realiti dan fakta PRK di Permatang Pasir sudah cukup memberi jawapan atas hujah ini, iaitu rakyat sudah bersiap sedia menolak UMNO Bn di PRU 13. Tren sejak dari Mac 2008,Ogos dan seterusnya momentum rakyat semakin jelas menolak bukan menerima UMNO.

4. Fitnah UMNO terhadap pimpinan PR khasnya (DSAI dan TGNA) adalah bom jangka yang memusnahkan kredibiliti UMNO BN sekarang. Siapa yang malu sebenarnya sekarang? Pasti pimpinan UMNO dan kuncu-kuncunya. DSAI dan TGNA tidak terjejas langsung di mata rakyat. Mereka bahkan dinobatkan sebagai pahlawan rakyat dan sangat berjasa kepada rakyat. Begitu juga dengan usaha UMNO mahu mengambil semula Kedah dan Selangor secara membeli YB PR adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh rakyat secara menyeluruh. Di seluruh dunia yang jika ditanya kepada rakyat Malaysia, pasti mereka akan berkata UMNO BN jahat dan tidak demokratik. Apakah mudah rakyat lupa dengan apa yang berlaku di Perak?

5. Bagi saya isu di Perak adalah kemuncak kebencian rakyat kepada UMNO BN sehingga sekarang. Sakit hati rakyat dibawa ke Permatang Pasir oleh penceramah. penyokong dan pengundi. Kesilapan besar yang dilakukan oleh UMNO BN terhadap Perak akan menjadi barah yang pasti merembet sehingga ke PRU 13 dan seterusnya. Rakyat tidak akan terlupa krisis ini sehingga ke anak cucu mereka. Ingat inilah kezaliman politik terancang paling dahsyat dalam abad ini di Malaysia. Akibatnya ialah UMNO BN akan dipinggirkan oleh rakyat dalam semua PRU di masa akan datang. Mereka hilang kepercayaan kepada UMNO buat selama-lamanya selagi UMNO BN tidak melalui suatu proses pembersihan imej yang jelas di mata rakyat. Bersiap sedialah untuk menjadi pembangkang di PRU 13 adalah pendekatan terbaik bagi UMNO. Jangan mimpikan lagi kuasa majoriti di tangan UMNO dan cool down melihat bumi dipijak.

6. Menggunakan isu perkauman dan menekan kaum lain dalam ucapan, tindakan dan apa sahaja adalah kesalahan besar yang diulang oleh UMNO. Rakyat menolak cara ini tetapi UMNO dengan sombong masih terus yakin dengan cara kampungan ini sehingga sanggup menggunakan gengster dalam kempen mereka. Gengster UMNO seronok dapat duit tetapi semangat perjuangan mereka hanya jika ada RM. Tidak lebih dari itu. Mereka akan melompat membela jika ada RM. Jika tidak ada..good bye..Ini realiti yang seharusnya pimpinan UMNO BN mengerti. Apatah lagi jika ada suara dari para imam gengster memprovokasi akan berlaku lagi 13 Mei? Alangkah naifnya pimpinan UMNO sehingga sanggup menjadikan golongan ini sebagai tulang belakang mereka. Hukuman telah pun jatuh dan rakyat akan terus menghukum ke atas UMNO selagi masih terdengar suara sumbang dan tidak realistik ini.

Bertaubatlah wahai saudara ku!! kembalilah kepada Islam sebenar!! Tinggalkanlah faham dan perjuangan yang beralaskan perkauman sempit ini!! Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua di bulan Ramadhan dan Syawal ini!!




Sunday, August 23, 2009

SUASANA KEMPEN DI PERMATANG PASIR..


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


23 ogos
Berangkat dari Meru Jelapang jam 3 petang bersama Ust. Zul, Hj, Hani dan Hj. Harun menuju ke surau kg Paya. Perjalanan lancar dan kami tiba sekitar jam 6 ptg. Kami terus ke surau untuk dapat mengikuti siri kempen DSAI bersama dengan YB Lim Guan Eng dan YB Lim Kit Siang. Tepat jam 6.30 ptg rombongan DSAI tiba dan langsung naik ke atas surau untuk menyampaikan ucapannya. Mesej yang penting yang diungkap oleh DSAI ialah:
1. Sempena Ramadhan jangan lupakan ibadah hanya kerana kesibukan kita berkempen. membaca dan memahami alquran seharusnya dijadikan disiplin kepada umat islam.
2. Alquran turun di bulan Ramdhan dan memberi implikasi kepada kehidupan umat agar menjadikan alquran sebagai tanda kebesaranNYA dan petunjuk kehidupan manusia. Alquran juga adalah furqan sehingga jelas kehidupan seorang muslim yang beramal dengan alquran dengan muslim yang tidak beramal dengan alquran. INilah intisari dari alquran yang seharusnya menjadi asas panduan hidup.
3. Menyeru semua penduduk agar memilih Ust. Salleh Man sebagai calon DUN mereka kerana terbukti beliau lebih baik dari calon BN. Beliau juga memberi gambaran jika ust Salleh Man terpilih maka dia akan dilantik sebagai ketua MAIPP. Ini tamparan bagi UMNO kerana yang memegang sekarang adalah dari YB UMNO yang akan tamat dalam masa dua bulan.
Disamping Anwar, YB Lim Guan Eng dan YB Lim Kit Siang mendengar hujah-hujah dan tazkirah tersebut. Saya kagum melihat YB Lim Guan Eng sanggup datang ke surau dan bertemu rakyat di situ. Hebat kerana tidak pernah terjadi dalam kerajaan sebelum ini.


Sambutan dari penduduk sekitar amat menggalakkan. Saya sempat bersembang dengan beberapa orang di situ yang kebetulan adalah kg di mana saya pernah tinggal menyewa di situ semasa tingkatan enam pada tahun 1981-1982. Surau tersebut juga adalah surau kami berjemaah bersama Allahyarham Tok Wan Said di setiap waktu. Kenangan lama mengusik jiwa tetapi suasana memang sudah berbeza.

Selepas berbuka kami ke masjid Tengah Berapit yang juga merupakan masjid kami solat jumaat setiap minggu. Bertemu dengan Ust. Lan yang kebetulan rumahnya bersebelahan dengan masjid. Setelah solat tarawikh kami terus ke tempat ceramah Perdana di Tanah Liat. Walaupun hujan rintik-rintik tetapi sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk tempatan memberi semangat kepada semua penceramah.

Jam 12.00 mlm kami berangkat pulang ke Ipoh.(bahan kempen akan diupdate esuk).


Penduduk sedang menunggu kedatangan DSAI.
Ust Zul, Hj Hani dan Hj Harun turut bersama ngobrol..












DSAI sedang berucap dan memberi tazkirah. YB Lim Guan Eng dan YB LIm Kit Siang mendengar dengan serius..



















Saturday, August 22, 2009

KHAIRI dan Khir Toyo BERHUJAH...makan diri?.

ISU masuk syurga dan tidak..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)



23 Ogos
Saya tidak nampak salahnya kenyataan dari Tuan Guru kerana analog yang diberi cukup jelas. UMNO yang menerima Islam berbentuk serpihan (terima separuh dan tolak separuh) adalah Islam yang tidak jelas. islam wajib diterima secara utuh, sempurna dan lengkap. Dalilnya: Surah Albaqarah ayat 208." Wahai orang-orang yang beriman,! Masuklah ke dalam Islam secara kaffah (lengkap keseluruhan) dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata".

Jika berani UMNO menolak dalil ini maka sahlah UMNO itu sesat.TV3 semalam keluarkan keyantaan Tuan Guru yang sebenarnya membuka pemikiran rakyat bahawa UMNO hanya bermain kata-kata dan membelit sahaja. Ketuk tin kosong yang bunyi berdegar tapi isi dari hujah itu mempamerkan pemimpin UMNO tidak ada modal lagi. Kerana anak kecil akan berkata benarlah Tuan Guru kata..apa yang peliknya??
Maka kita sarankan agar Tuan Guru ambil tindakan mahkamah aje terhadap golong pembelit ini.!!..

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. ‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Hr9808: Ada foto banner yang digantung penyokong UMNo juga menunjukkan UMNO sudah amat terdesak. Apa bezanya jika pangkah BN..di sana ada MIC dan MCA? Jadi mesej sebenarnya dari banner di bawah aalah perkauman. Inilah fahaman yang ditolak oleh Islam. Islam adalah diineul hayah yang alamiah (universal). Sifat islam adalah rahmatanlil alamin. (rahmat untuk seluruh alam). Bukan untuk Melayu sahaja seperti pandangan UMNO. Dari mana dalil UMNO dapat? dari ust Zahid ke?









HR9808: PENJELASAN DARI TUAN GURU ..AMAT JELAS..PARA DAI PATUT AMBIL POIN INI UNTUK BERHUJAH DENGAN UMNO DAN SEKUTUNYA!!


Tuesday, August 18, 2009

"SAYA MALU.." kata HISHAMUDDIN..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)



18 OGOS..

Kenyataan Hishamuddin ..saya malu..memberi persepsi yang luas di kalangan rakyat. Jadi sebelum memberi kenyataan atau ulasan sila fikir semasak-masaknya agar tidak menikam diri. Hulur keris tapi tak tahu nak guna atau terguna ditempat yang tak tepat juga merugikan diri sendiri. Lebih baik diasap sahaja keris yang ada dan disimpan agar dapat digunakan di masa akan datang!! Maaf rakyat dah meluat dengan style ugut dan gertak ni. Apatah lagi jika menggertak pada hal yang tak betul. Siapa dulu yang pukul dan tendang YB Gobala? Tolong beri penjelasan atau YB Gobala boleh ambil tindakan mahkamah seperti yang dibuat oleh YB Mahfuz. Menang pula hanya kerana siapa dulu yang mencabar?
Jadi apakah dakwaan Hishamuddin benar atau sekadar sedap mulut aje setelah dapat info dari pegawai polis. Media juga harus berhati-hati membuat atau menulis kenyataan ini kerana ssilap haribulan kena saman nanti!! Saya kira sudah sampai masanya para YB PR jangan bagi peluang kepada YB BN dalam hal fitnah memfitnah. Jika betul fitnah saman sahaja di mahkamah. Sama juga dengan tindakan Tuan Guru terhadap Utusan Malaysia dan jika ada beberapa orang lain yang terlibat memfitnah..maka saman sahaja jawapannya. Cara lain mereka tidak akan pernah faham. Begitu juga dengan Mahyudin semakin hari semakin "lost control.". Mahathir cuba-cuba nak perli dan sebagainya dan jika bersifat fitnah maka samanlah jawapannya.
Inilah level pemahaman Islam yang ada pada pimpinan UMNO. Kutuk, fitnah, caci maki, putar belit,rasuah, curi duit rakyat, makan duit babi, makan duit curi dan yang sejenis dengannya menurut fatwa tuan Guru mereka "HALAL". Sekarang suruh pula majlis fatwa buat fatwa soal hal yang fitnah?. Lebih baik selesaikan dulu yang asas, apakah itu fitnah dan apakah dosa yang membuat fitnah serta hukuman yang membuat fitnah. Majlis fatwa sekarang jadi kuda jugake? Pasti sebahagian besarnya menolak kerana mereka tidak mahu ikut campur soal ini. Bahkan jika diteliti nanti UMNO dilevel sebagai Gerakan nasionalis haram pula macam ARQAM. APakah mahu menerima pemimpin UMNo dan penyokongnya mahu menerima kenyataan ini?
Bubar UMNO bermakna wujudlah parti baru yang memerlukan masa untuk memprosesnya? Oh saya terlupa..semuanya bisa beres semalam sahaja macam yang telah berlaku ke atas Menteri Besar Perak..Nizar disahkan hanya selama 11 jam dan kemudian diesuk harinya ditarik semula oleh mahkamah. Betul-betul katun dan memang politik katun. Rakyatnya dikatun-katunkan oleh pemimpin katun. Yang malang Raja juga terkena imbasan katun. Aduhai Malaysia, bila agaknya politik katun akan berakhir!!

Sikap yang memalukan - Hishammuddin

KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Gobalakrishan yang menimbulkan kekecohan di luar pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir semalam amat memalukan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sikap Ahli Parlimen Padang Serai itu tidak boleh diterima sama-sekali terutama dari segi keangkuhan dan kebiadaban beliau.

''Kalau inilah wakil rakyat yang jadi wakil kepada orang ramai, nampaknya mereka belum sampai kepada tahap kematangan (politik) yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.

''Kita juga mungkin terpaksa guna semula amalan lama meletakkan Unit Tindakan Ringan (LSF) serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di barisan hadapan,' katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.

HR9808: Mari kita lihat kenapa Hishamuddin merasa malu?




Tv3..buat liputan yang tidak menyeluruh dan berniat jahat terhadap YB PR..Inikah yang Hishamudin kata dia malu? Atau dia belitkan kenyataan dan hanya merujuk rakaman dari YV3 sahaja. Maka wajar Yb Gobala ambil tindakan mahkamah..

Bandingkan liputan dari TV3..Inilah kezaliman media terhadap rakyat. Apakah cara begini diizinkan oleh Islam? Inilah kesesatan yang amat ketara betapa pemimpin UMNO sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Tipu rakyat, hina para Yb yang dilantik oleh rakyat, maki hamun orang bukan Islam dll adalah bercanggah dengan ISlam. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru..UMNO tidak mengamalkan Islam sebenar. Saya kira hujah ini punya asas yang kuat maka pimpinan UMNO patut memohon maaf kepada Tok Guru dan YB Gobala dalam kes ini. Atau saman akan diambil? Tepuklah dahi anda wahai Hishamuddin!!